Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Rozita Che Wan Tegur...

TIDAK keterlaluan kalau kami katakan, isteri Zain Saidin iaitu Rozita Che Wan layak...

Israel Tidak Boleh Dibiarkan...

NEW YORK - Israel tidak boleh dibiarkan bebas tanpa hukuman berhubung tindakannya berterusan...

Kementerian Akan Kaji Penahanan...

SEPANG — Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mengkaji penahanan seorang lelaki...

How to Write a...

Fully being a real author is something he has certain zeal to change...

Seorang Terbunuh, 300 Cedera Dalam Gempa Bumi Di China

BEIJING – Satu kejadian gempa bumi yang melanda wilayah Yunnan di China mengakibatkan seorang terbunuh dan lebih 300 orang cedera.

Pejabat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa berukuran 6.0 magnitud itu melanda lewat semalam di kawasan yang bersempadan dengan Myanmar dan Laos.

Agensi berita Xinhua melaporkan setakat ini seorang mangsa maut dan 324 orang mengalami kecederaan, sebahagian besarnya di kawasan Jinggu, berdekatan pusat gempa.

Ia memetik pegawai tempatan sebagai berkata lebih 92,000 orang di Jinggu terjejas dan 56,880 orang dipindahkan.


“Banyak rumah runtuh dan kami sedang mencari mangsa terbabit,” kata pegawai tempatan.

Xinhua berkata pihak berkuasa mengisytiharkan darurat dan menghantar 3,200 anggota tentera bagi menyelamatkan lebih banyak nyawa. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori