Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Ismail Sabri Nafi Ada...

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob hari ini menafikan dakwaan wujudnya dua kem dalam...

Peka Keselamatan Makanan Di...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan mengingatkan rakyat Malaysia supaya sentiasa peka terhadap keselamatan makanan...

Pelaksanaan Gaji Minimum Mengikut...

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak bercadang melaksanakan gaji minimum berbeza mengikut pengalaman kerja...

Hamilton Kekal Bersama Mercedes...

MONZA : Juara Formula Satu (F1) dunia tujuh kali, Lewis Hamilton menamatkan teka-teki...

Shalwati Tiba Di M’sia Selepas Dibebaskan Daripada Penjara

SEPANG – Warga Malaysia, Shalwati Norshal, 46, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 1.40 tengah hari Rabu, selepas dibebaskan daripada Penjara Hinseberg, Frovi, Sweden Isnin lalu.

Ketibaan Shalwati disambut oleh suaminyam Azizul Raheem Awaluddin, yang telah pulang ke Malaysia Julai lalu selepas dia selesai menjalani hukuman penjara.

Sebaik sahaja tiba, Shalwati hanya melambaikan tangannya kepada pemberita yang menunggunya di balai ketibaan, sementara sidang media kemudiannya diadakan di pejabat Tourism Malaysia di KLIA.

“Saya tidak sabar untuk berjumpa dengan anak-anak saya petang ini. Mereka tahu saya tiba hari ini.” katanya kepada pemberita.

Ditanya mengenai rawatan yang diterimanya ketika berada di penjara, Shalwati berkata dia telah dirawat dengan baik tanpa sebarang masalah.

“Tahap keselamatan di sana memang ketat. Namun mereka melayan saya dengan baik,” katanya.

Guru berkenaan turut menyifatkan hukuman penjara yang dialaminya sebagai cara untuk ‘meningkatkan tahap keimanannya’.


“Inilah masanya untuk saya betul-betul dengan Allah,” katanya, sambil mengesat air mata.

Suaminya Azizul, seorang Pegawai Tourism Malaysia dijatuhi hukuman penjara pada 29 Mac lalu kerana mendera anak-anak mereka sejak September 2010.

Azizul kemudiannya dibebaskan pada 9 Julai selepas menjalani hukuman penjara tiga bulan,

Pasangan berkenaan dijangka menaiki pesawat untuk pulang ke kampung halaman mereka di Kota Baru, Kelantan, untuk bertemu dengan anak-anak mereka pada petang Rabu. – mStar Online

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori