Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Dewan Rakyat ‘Panas’ Isu...

KUALA LUMPUR - Beberapa penyokong kerajaan terutama daripada DAP dilihat ‘panas’ apabila penulisan...

MRT Kurang Lebih 34,000...

KUALA LUMPUR – Pengoperasian Mass Rapid Transit (MRT) yang dilancarkan Disember lepas dijangka...

Cuepacs Syor Mekanisma Lindungi...

KUALA LUMPUR - Cuepacs mencadangkan kerajaan mewujudkan mekanisma baharu berbentuk undang-undang untuk menjamin...

Pegawai Peluru Berpandu Taiwan...

TAIWAN: Seorang pegawai tertingi yang terlibat dalam penghasilan peluru berpandu Taiwan ditemukan mati...

Sisa Kondom, Katil Berselerak Ditinggal Pelacur Ketika Diserbu

Sisa kondom terpakai, alat pelincir dan katil yang tidak terurus terus ditinggalkan pelacur dan penjaga sebuah premis pelacuran yang diserbu pihak berkuasa di Kepong malam tadi.

Operasi Banteras Aktiviti Haram (BAH) yang dilaksanakan merupakan edisi ke-5 bagi membanteras kegiatan judi haram, rumah urut tanpa lesen dan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Biarpun premis diserbu itu gelap bagaimanapun, pihak berkuasa menemui sisa-sisa kondom terpakai dibuang di dalam tong sampah di dalam bilik khas dibina untuk tujuan pelacuran.

Bilik kecil itu hanya menempatkan ruang mandi dengan tilam angin, sebuah katil dan cermin di tepi katil dipercayai digunakan untuk kegunaan pelanggan mendapatkan khidmat seks.

Kondom_2 Kondom_3 Kondom_4 Kondom_5

Di premis itu, pihak berkuasa terpaksa menggunakan mesin pemotong besi untuk membuka pintu besi di tingkat bawah untuk masuk ke dalam premis dan melakukan pemeriksaan.


Pemeriksaan lanjut mendapati tiada pelacur atau penjaga premis urut berkenaan di lokasi dipercayai telah melarikan diri.

Ekoran premis berkenaan didapati memberikan khidmat seks, dinding pembahagi premis telah dipecahkan pihak berkuasa bagi menyukarkan pemilik premis berkenaan memulakan semula perniagaan sekaligus melumpuhkan aktiviti pelacuran di kawasan itu.


Terdahulu, ada pelayan warga asing ditahan di sebuah premis hiburan kerana didapati tidak memiliki permit menduduki negara ini yang sah untuk tindakan selanjutnya dari pihak imigresen.

Operasi Banteras Aktiviti Haram siri 5 di kawasan Parlimen Kepong malam ni. Lokasi pusat hiburan Happy Hour, Taman Rimbunan A video posted by MYNEWSHUB.CC (@mynewshub) on

Operasi kali ini melibatkan 13 buah agensi kerajaan secara bersepadu demi membanteras habis-habisan kegiatan tidak bermoral di sekitar Kuala Lumpur. Ia dibahagikan kepada tiga kumpulan di tiga kawasan Parlimen iaitu Segambut, Kepong dan Seputeh.

Ia diketuai oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan dibantu oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Turut membantu ialah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), Suruhanjaya Tenaga (ST), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Pada operasi malam ini juga tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hadir untuk menjadi pemerhati kepada operasi berkenaan iaitu Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Majlis Belia Wilayah Persekutuan dan Persatuan Alumni Fakulti Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM).  – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K  | Foto dan Video : RIZA RAZAK 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori