Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Bukit Aman Tunggu Kebenaran...

KUALA LUMPUR - Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman sudah menghantar permohonan kepada pihak berkuasa Thailand untuk mengekstradisi usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau dikenali sebagai Nur Sajat, kembali ke negara ini.

Putera Harry Bercinta Dengan...

PUTERA raja British, Putera Harry; 32, dilaporkan kini sedang hangat bercinta dengan pelakon...

Kali Ketiga Terpaksa Naik...

KUALA NERUS - Berikutan mengalami obesiti peringkat kritikal, Faisal Md Ali, 29, dari...

Mengapa BN Masih Terlalu...

Secara ilmiah, data dan sains, Barisan Nasional (BN) berada di kedudukan 'selesa' untuk...

Siti Aisyah Catat Sejarah Raih Podium

LANGKAWI – Siti Aisyah Alias mencatat sejarah sebagai pelumba wanita pertama Malaysia menaiki podium pada perlumbaan Siri Maraton Basikal Bukit Dunia Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di sini hari ini.

Pelumba pasukan Pahang berusia 19 tahun itu meraih tempat ketiga dengan catatan masa empat jam 15 minit 20 saat, sekali gus mengetepikan rakan senegara Masziyaton Mohd Radzi dengan kelebihan hampir lapan minit.

“Ini merupakan kali pertama saya menyertai perlumbaan UCI jadi saya sangat terkejut kerana berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ketiga. Ini merupakan pencapaian terbesar yang pernah saya capai jadi saya sangat bangga.

“Sebelum ini saya hanya menyertai Jamboree jadi ini merupakan pertandingan terbesar yang pernah saya sertai,” katanya kepada pemberita selepas perlumbaan sejauh 75km itu di sini.

Katanya beliau tidak menyangka mampu untuk mengalahkan Masziyaton yang lebih berpengalaman tetapi mengakui faktor nasib menyebelahinya untuk berada di tempat ketiga.

“Tapi pada satu peringkat saya nampak Masziyaton berhenti, mungkin kerana basikalnya mengalami masalah jadi saya gunakan peluang yang ada untuk memintasnya,” katanya.


Katanya beliau tidak berdepan kesukaran dengan keadaan cuaca yang tidak menentu kerana sudah biasa.

Acara elit wanita itu dimenangi pelumba Slovakia, Janka Kesegstevkova daripada pasukan Outsiterz, dengan catatan masa 3:53:50s manakala tempat kedua oleh Supuksorn Nuntana dari Thailand (Endurance Thailand Team) dengan masa 4:08:57s.

Perlumbaan Siri Maraton Mountain Bike Dunia UCI merupakan siri kelayakan bagi kejohanan dunia.

Selain Langkawi, tuan rumah lain bagi siri kelayakan itu adalah Villabassa (Itali), Sietterstrand (Denmark), Ucka (Croatia), Graz (Austria), Verbier (Switzerland), Jurmala (Latvia), Val Di Fassa (Itali), Obwalden (Switzerland), Ornans (Perancis), Frejus (Perancis) dan Punchuncavi (Chile).- BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori