Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Perikatan Nasional Melaka Menghadap...

AYER KEROH - Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr. Mohd Khalil Yaakob, hari...

APMM Wilayah Timur Akan...

CHUKAI - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Timur akan meningkatkan jumlah anggota...

10 Pemimpin Bersatu Di...

KUALA LUMPUR - Pemimpin 10 negara Asia Tenggara hari ini menandatangani deklarasi bersejarah...

Siapa Kata Mahathir Tidak...

DALAM siri kempennya, Penasihat Pakatan Harapan yang bertanding di Parlimen Langkawi sebagai CalonPKR,...

SKMM Minta Facebook Padam Akaun Blogger Seks

PETALING JAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) membuat aduan kepada Facebook dan meminta supaya laman peribadi blogger seks, Alvin Tan segera dipadam.

Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi berkata, tindakan Alvin itu juga dipercayai menyalahi terma dan syarat Facebook.

“Kami mengutuk perbuatan tidak bertanggungjawab Alvin Tan di FB dan merasakan ianya perbuatan yang tidak wajar.

“Kami juga mengingatkan orang ramai agar tidak berkongsi kandungan sensitif yang boleh menyinggung perasaan orang lain,” katanya menerusi kenyataan yang dipetik daripada laman Facebook SKMM.

Sebelum ini Alvin dan bekas kekasihnya, Vivial Lee yang dikenali sebagai pasangan Alvivi menjadi perhatian ekoran blog seks mereka yang kini tidak lagi berfungsi.


Mereka menghadapi dua pertuduhan di bawah Akta Penapisan Filem dan Akta Hasutan kerana ‘ucapan Ramadan’ yang tidak sensitif yang disiarkan di blog mereka pada tahun lepas.

Alvin gagal hadir ke mahkamah untuk sebutan semula kesnya pada bulan lalu.

Mahkamah Sesyen telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Alvin dan tindakan itu menyebabkan mahkamah bersetuju untuk hanya melucutkan hak jaminan sebanyak RM20,000 daripada RM30,000.

Alvin mengejutkan ramai pihak apabila memuat naik entri terbaharu di laman Facebooknya pada 26 September lalu dengan memaklumkan dia kini berada di Los Angeles, California. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori