JOHOR BAHRU – Skuad Projek 2016 negara terus menanggung derita apabila tewas kepada India 4-2 dalam saingan Kejohanan Hoki Bawah 21 Tahun merebut Piala Sultan Johor di sini, hari ini.
Ini adalah kekalahan ketiga untuk skuad negara pimpinan Arul Selvaraj dan sekali gus melenyapkan sebarang peluang mereka mahu memburu tempat ketiga atau pun keempat pada edisi kali ini.
India mencatat kemenangan ketiga mereka dan kini menghidupkan peluang memburu tiket ke final.
Skuad pimpinan Harendra Singh itu mengesahkan tiga mata milik mereka di Stadium Hoki Taman Daya menerusi jaringan hatrik Harmanpreet Singh pada minit ke-25, 27, 55 dan Varum Kumar manakala gol tuan rumah daripada Sufi Simat (m-37) dan Azril Misron (m-42).
Semalam, skuad negara tewas tipis kepada Britain 3-2.
Dalam saingan lain, New Zealand berjaya merakamkan kemenangan pertama selepas menewaskan Pakistan 3-2. Kedua-dua pasukan ini hanya mengutip satu mata sebelum ini.
KEPUTUSAN
Malaysia…………2 India………….4
N Zealand……….3 Pakistan……..2
– BH Online