Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Cengkerang iPhone 6 Untuk...

KERETA mainan Batman ke tu?Haa nanti dulu, ia sebenarnya adalah cengkerang peranti pintar.Sememangnya pilihan...

Kisah Aneh Keluarga Anwar...

RIBUT politik yang melanda negara kita sejak tahun 1998 sehingga kini sebenarnya berpunca...

Angin Kencang, Laut Bergelora...

KUALA LUMPUR - Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50 hingga 60 kilometer...

Kerajaan Pertingkat Usaha Kesedaran...

LANGKAWI - Kerajaan sedang mempertingkatkan usaha untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai program...

Bajet 2015: Sorotan Mengenai Bajet 2015

KUALA LUMPUR – Berikut ialah sorotan Bajet 2015 bertemakan “BAJET 2015 : EKONOMI KEPERLUAN RAKYAT” yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat, hari ini.

* Bajet 2015 pelengkap kepada Rancangan Malaysia Ke-10

* Rancangan Malaysia Ke-11 akan dilancarkan pada Mei 2015

* Satu pendekatan baharu di kenali sebagai Strategi Pembangunan Nasional
Malaysia (MyNDS) sedang digariskan

* Bajet 2016 akan menjadi pemula kepada pelonjak akhir memacu separuh dekad Malaysia dalam menuju status ekonomi maju berpendapatan tinggi menjelang 2020

* Sejak 2009, sejumlah 196 projek daripada 12 NKEA dan 6 SRI telah dilaksanakan

* Jumlah pelaburan mencecah RM219 bilion dan dan lebih 437,000 peluang pekerjaan
bernilai tinggi telah diwujudkan

* Malaysia mencatatkan pertumbuhan KDNK sebanyak 6.3 peratus, yang paling tinggi dalam kalangan negara Asean bagi tempoh separuh pertama 2014

* FBM KLCI meningkat 114 peratus daripada 884.45 mata pada Januari 2009 kepada 1,892.65 mata pada Julai 2014

* Permodalan pasaran juga meningkat 162 peratus daripada RM667.87 bilion kepada RM1,749.49 bilion pada 7 Okt, 2014

* Pendapatan Negara Kasar Per kapita meningkat 50 peratus daripada US$6,700 kepada US$10,060 dalam tempoh lima tahun ini

* Tahun ini Malaysia dijangka mencapai pertumbuhan ekonomi kukuh antara 5.5 peratus dan 6.0 peratus

* Defisit fiskal dijangka juga terus turun kepada 3.5 peratus daripada KDNK pada 2014, 3.9 peratus pada 2013, 6.7 peratus pada 2009

* Bagi 2015, pertumbuhan ekonomi dijangka kekal kukuh antara 5.0 peratus dan 6.0 peratus

* Defisit fiskal diunjur terus turun kepada 3 peratus daripada KDNK

* FBM KLCI mencecah 1,892.65 mata pada Julai 2014, mencapai paras tertinggi dalam sejarah negara

* FDI sebanyak RM38.7 bilion pada 2013 merupakan pelaburan terealisasi sebenar tertinggi sehingga kini

* Bajet 2015 memperuntuk RM273.9 bilion, peningkatan sebanyak RM9.8 bilion berbanding peruntukan asal 2014

* Perbelanjaan Mengurus RM223.4 bilion, Perbelanjaan Pembangunan RM50.5 bilion


* Pada 2015, kutipan hasil Kerajaan Persekutuan diunjurkan sebanyak RM235.2 bilion, peningkatan RM10.2 bilion berbanding 2014

* Hasil kutipan daripada CBP pada 2015 dianggarkan sebanyak RM23.2 bilion

* Bajet 2015 digubal berfokuskan kepada Ekonomi Keperluan rakyat dengan
menggariskan tujuh strategi utama

* Kerajaan melaksanakan Pelan Tindakan Sektor Perkhidmatan

* Skim Jaminan Sektor Perkhidmatan berjumlah RM5 bilion bagi PKS

* Skim Insentif Penyelidikan bagi Perusahaan (RISE) dengan peruntukan RM10 juta

* Memperkenalkan semula Dana Perkhidmatan Eksport (SEF) berjumlah RM300 juta

* Mengukuhkan Skim Pembangunan Francais dengan peruntukan RM20 juta

* Platform Akaun Pelaburan (IAP) akan diperkenalkan dengan dana permulaan sebanyak RM150 juta

* Sekuriti Kerajaan Malaysia dan terbitan Pelaburan Kerajaan akan disenaraikan dan diurusniagakan di ETBS

* Perbelanjaan menerbitkan sukuk berasaskan prinsip Ijarah dan Wakalah dilanjutkan selama tiga tahun lagi sehingga tahun taksiran 2018

* Kelab Perlindungan dan Ganti Rugi luar negara akan ditubuhkan di bawah Exim Bank, menawarkan perlindungan liabiliti pihak ketiga pada kadar premium yang berpatutan

* Insentif dengan 100 peratus pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh lima tahun akan disediakan untuk menggalakkan sektor swasta menyelenggara dan menambah baik kawasan perindustrian di kawasan kurang membangun

* Insentif 70 peratus pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh lima tahun akan disediakan kepada pihak swasta yang menguruskan kawasan perindustrian di kawasan lain

* Bagi industri yang mempunyai kebergantungan buruh yang tinggi, elaun modal perbelanjaan automasi sebanyak 200 peratus akan disediakan ke atas RM4 juta perbelanjaan pertama bagi tempoh 2015-2017

* Bagi industri lain, elaun modal automasi 200 peratus akan disediakan ke atas RM2 juta perbelanjaan modal pertama bagi tempoh 2015 hingga 2020

* Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) sepanjang 59 kilometer yang bernilai RM5.3 bilion akan dibina

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori