Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

2,491 Kes Baru Covid-19,...

Sebanyak 2,491 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,774,003.Ikuti Mynewshub: TelegramJumlah...

Video: Budak Flat PPR...

AMPANG - "Bagai melepaskan anjing yang tersepit, namun apabila dilepaskan digigitnya pula." Demikian peribahasa...

Lebih 250 Pelayang Sertai...

JOHOR BAHRU - Kira-kira 250 pelayang dari lebih 50 buah negara menyertai Festival...

Mufti, MAIS Diminta Adakan...

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali mencadangkan Majlis Agama Islam...

SPA Akan Siasat Kes Perubahan Keputusan Kenaikan Pangkat

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) hari ini memberi jaminan akan menyiasat perkara berkaitan isu keputusan permohonan program Latihan Pembantu Kesihatan Awam yang dikatakan berubah secara tiba-tiba hanya dalam masa beberapa jam.

Pegawai Perhubungan Awam SPA Radziah Mohd Sharif memberitahu kepada Mynewshub.cc, pihaknya akan mendapatkan maklumat lanjut daripada pegawai di Bahagian Pengambilan Khas yang bertanggungjawab mengendalikan urusan berkaitan jawatan Separa Perubatan.

Pada mulanya, Mynewshub.cc menerima gambar dari pembaca berkaitan keputusan berkenaan yang berubah secara tiba-tiba.

Semakan pertama menunjukkan pemohon berjaya dan semakan kedua secara tiba-tiba keputusan berubah.

Situasi itu mewujudkan persoalan apakah berlaku ‘potong jalan’ bagi memberikan laluan kepada calon dengan ‘kabel’ lebih kuat mendapat tawaran yang dimaksudkan.

pembantu kesihatan 1

BERUBAH KEPADA…

pembantu kesihatan 2

Menurut pegawai di Bahagian Pengambilan Khas ada kesilapan teknikal berlaku dan ia sudah diselesaikan hari ini bagaimanapun tiada pengumuman kesilapan atau ralat yang diberikan di laman web SPA.

[BACA – EKSKLUSIF! Keputusan Kenaikan Pangkat Diubah Secara Tiba-Tiba]

Pegawai itu berkata kesilapan itu akan diberitahu kepada mereka yang menelefon bertanyakan perkara itu sahaja.


“Saya akan berhubung dengan pegawai yang uruskan perkara itu, kalau betul ralat seperti itu tidak sepatutnya berlaku,” kata Radziah yang turut memohon maaf bagi pihak SPA.

Soalnya, kesilapan sudah berlaku dan ia terbukti wujud. Pihak SPA perlu tampil segera menjelaskan kepincangan itu kerana SPA ialah badan yang bertanggungjawab dalam membuat menguruskan berkaitan lantikan penjawat awam dan bukannya seperti stesen radio yang membuat gurauan.

Ini bukan macam Panggilan Hangit di stesen radio Hot FM.

Bayangkan bagaimana rasanya, apabila keputusan yang pada mulanya menunjukkan berjaya tetapi hakikat sebenarnya tidak berjaya.

Nada pegawai yang menjawab isu ini pun seperti tiada rasa bersalah. Simbolik kepada sikap yang bukan sahaja bodoh tetapi juga tidak prihatin.

Kita tunggu sahajalah penjelasan lanjut dari pihak SPA berkenaan isu ini.

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan juga mahu SPA tampil menjelaskan perkara ini kerana kesilapan teknikal yang berlaku perlu diperjelaskan.

“Jika ia betul kesilapan teknikal, kena jelaskan kerana ia tidak sepatutnya berlaku terutamanya dalam soal lantikan seperti itu,” katanya ketika dihubungi Mynewshub.cc hari ini. – MYNEWSHUB

Oleh : IBNU K

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori