Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Pembedahan Pindah Zakar Beza...

JOHANNESBURG - Sekumpulan doktor di Afrika Selatan berjaya melakukan pembedahan pemindahan zakar yang...

DBKL Wartakan 3 Lagi...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mewartakan semua laluan pejalan kaki...

Saya Tidak Akan Minta...

KUALA LUMPUR - Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Syed Saddiq Syed Abdul...

Angka Kematian Akibat Tanah...

SAO PAULO : Angka kematian akibat tanah runtuh dan banjir di bandar Petropolis,...

STAFOC Turut Terlibat Buru Suspek Godam ATM

Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Bukit Aman kini turut terlibat dalam usaha memburu suspek warga Amerika Latin yang dipercayai mendalangi sindiket menggodam mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di negara ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata pasukan itu mempunyai kepakaran tersendiri dalam menjejaki suspek.

STAFOC merupakan unit elit polis yang bersifat ‘multi tasking’ yang ditubuhkan Januari tahun ini dalam mengurus dan menangani kes-kes jenayah berat, jenayah bersindiket, gangsterisme, perjudian, pelacuran dan pemerdagangan manusia.

SuspekATM_2

Beliau berkata setakat ini tiada pemilik akaun dilaporkan kehilangan wang mereka, katanya ketika dihubungi hari ini.


Sindiket itu dilaporkan telah menggodam 17 mesin ATM di ibu negara, Selangor, Melaka dan Johor Baharu membabitkan kerugian lebih RM3 juta.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mortadza Nazerene, ketika dihubungi, berkata terdapat beberapa individu telah dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kes itu.

Beliau berkata maklumat lanjut tidak boleh didedahkan supaya ia tidak mengganggu siasatan polis. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori