KEBANYAKAN masa kita lebih banyak dihabiskan serta diluangkan di tempat kerja.
Hubungan di antara rakan sekerja pun kadang kala dah macam ahli keluarga dah.
Tapi ketika di ofis kita hendaklah sentiasa profesional dan menjalankan etika kerja yang baik agar tidak timbul sebarang konflik di tempat kita mencari rezeki.
Di bawah ini merupakan tiga tabiat yang perlu dielakkan dilakukan di pejabat atau kantor ya!
1. Bergosip
Selain menurunkan mutu kerja, ia juga boleh beri aura negatif yang boleh mengganggu tubuh dan fikiranmu. Jadi hentikannya!
2. Long Lunch Break
Elak beri alasan ‘tempat makan jauh’ bila lewat masuk ke pejabat selepas makan tengahari. Urus masa dengan baik supaya kamu tak dicop ‘kaki ponteng’.
3. Melengahkan Kerja
Membuat tugasan terburu-buru untuk kejar deadline bukanlah amalan yang baik kerana hasil kerja kamu pasti nampak cincai. Jadi jangan malas, siapkan kerjamu sekarang! – MYNEWSHUB
Oleh: AUDREY LEE
Sumber: ĆāĆĀ CosmopolitanĆāĆĀ