Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Skandal Banglo Murah: LGE...

MUNGKIN inilah dikatakan hak kebebasan media cara pembangkang yang sering canang satu dunia...

Harga Runcit Petrol RON95...

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON95 turun 10 sen, manakala RON97 dan...

Kaki Pemain Golf Negara,...

PEMAIN golf negara, Shaaban Hussin yang cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan di Lebuh...

PKR Berpecah Kerana Jawatan...

PETALING JAYA - Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan menyuarakan kebimbangan terhadap perpecahan dalam...

Hubung Kait Wangian Kegemaran Dan Jenis Personaliti

LAIN orang, lain seleranya.

Begitu jugalah dari segi jenis wangian kegemaran bagi setiap individu.

Ada yang suka haruman berbau floral, ada yang suka berbau segar dan ada juga yang sukakan wangian berbau seperti coklat dan vanilla.

Jangan tak tahu, daripada haruman perfume kegemaranmu boleh ‘membongkarkan’ personaliti diri anda di mata sesetengah pihak.

Di bawah penulis senaraikan jenis haruman pilihan dan personaliti yang acap kali dikaitkan di antara satu sama lain. – MYNEWSHUB

1. Personaliti: Feminin

Jenis Haruman: Bunga-bungaan

Haruman yang diekstrak dari bunga melambangkan kelembutan dan sifat merendah diri seseorang. Disesuaikan gaya keseluruhan dengan helaian motif bunga dengan haruman jenis ini mampu menambat hati lelaki yang menghidunya.

2. Personaliti: Elegan

Jenis Haruman: Akuatik

Seorang wanita yang mempunyai impian yang besar dalam hidupnya. Bersemangat dalam apa jua yang dilakukan, intelektual dan bersahaja.

3. Personaliti: Sofistikated dan Chic

Jenis Haruman: Hijau


Wanita yang gemar mengenakan bauan yang segar ini sukakan sedikit ‘drama’ dalam hidupnya. Haruman jenis ini mempunyai baunya yang tersendiri dan mampu menghilangkan stres.

4. Personaliti: Klasik dan Berkeyakinan

Jenis Haruman: Sitrus

Si pemakai haruman jenis sitrus membawa diri mereka sebagai seorang yang elegan dan mempunyai keyakinan yang sangat tinggi. Wanita yang suka bauan sitrus mempunyai sisi kecantikan yang klasik.

5. Personaliti: Seksi

Haruman: Oriental

Pemakaian haruman oriental membangkitkan rasa seksi si pemakai.

6. Personaliti: Periang

Haruman: Gourmand

Aromanya yang cukup memikat dan menyenangkan membuatkan si pemakai sentiasa ceria dan ketawa dalam kehidupan seharian.

Oleh: AUDREY LEE

Sumber: Eh!

  • Lagi berita berkaitan:
  • tips

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori