Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Tiada Pertindihan Kuasa Dengan...

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan memberi jaminan tidak berlaku pertindihan kuasa dalam menyiasat kes...

Rasuah Projek PBT: Pegawai...

MELAKA - Seorang pegawai awam bergelar 'Datuk' ditahan reman empat hari bagi membantu...

Bank Rakyat Untung RM1.24...

KUALA LUMPUR – Kumpulan Bank Rakyat mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM1.24 bilion bagi...

Sari Yanti Selamat Lahirkan...

SEKALUNG tahniah diucapkan buat pelawak, Jep (Sepahtu) kini selamat menimang cahaya mata hasil...

Strategi Atau Biadap? Produk Bertemakan ‘Ebola’ Mula Dijual

Sering kali kita mendengar laporan tentang virus Ebola yang semakin merebak dan angka kematian yang kian meningkat di serata dunia.

Seluruh dunia nampaknya sedang menumpukan sepenuh usaha untuk membantu beribu-ribu mangsa penyakit berjangkit Ebola di Afrika Barat.

Tetapi, terdapat pula segolongan manusia yang tidak berhati perut menggunakan Ebola sebagai tema produk terkini mereka.

Jika anda lihat di laman web fesyen Etsy, tidak kurang seratus produk bertemakan ‘Ebola’ dijual termasuklah kemeja, beg, aksesori dan sebagainya.

Mengikut logik mereka, fesyen juga boleh berjangkit sama seperti virus Ebola.

Ada juga produk yang melampau seperti kemeja T dengan ayat :

“I went to Nigeria, and all I got was this lousy t-shirt and Ebola.”

Saya ke Nigera, dan apa yang saya dapat ialah baju t-shirt ini dan Ebola.

“Let’s screw before we get Ebola”

Jom ‘melakukanya’ sebelum kita dijangkiti Ebola

Bagi kami perbuatan ini agak tidak sensitif dan kami juga terkejut apabila melihat beberapa produk yang boleh dikatakan agak biadap.


Ada juga peniaga yang mempertahankan dengan mengatakan itu adalah sebahagian usaha mereka untuk menimbulkan kesedaran tentang penyakit Ebola.

Kami kongsikan beberapa produk bertemakan Ebola yang dijual di laman web itu.

produk-ebola-8

produk-ebola-10

produk-ebola-5

produk-ebola-2

produk-ebola-4

Sumber : Etsy.com

Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori