Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Bekas PM Singapura Lee...

BEKAS Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew dimasukkan ke hospital kerana pneumonia dan...

Perompak Ambil Masa 2...

NIBONG TEBAL - Empat lelaki bersenjatakan parang mengambil masa tidak sampai dua minit...

Polis Tahan 20 GRO...

GEORGE TOWN - Dua puluh wanita rakyat asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan...

Salleh Permata Bagi Penduduk...

KOTA BELUD - Ketika penduduk di kawasan Parlimen Kota Belud teruja untuk menghadapi...

Structura Design Challenge 2014 Cabar Kreativiti Penuntut Seni Bina

KUALA LUMPUR: Sebanyak 19 institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPT) mengambil bahagian dalam pertandingan Structura Design Challenge 2014 yang julung kali dianjurkan UDA Holdings Berhad dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.

Peserta yang terdiri daripada pelajar jurusan senibina telah dipilih oleh pihak IPT masing-masing dan perlu menyiapkan hasil pelan serta lukisan untuk sebuah pusat komersial yang akan dibangunkan di Tampoi, Johor kelak.

Menurut Pengarah Urusan UDA Holdings Berhad, Ahmad Abu Bakar, tujuan pertandingan itu diadakan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar ‘Architecture’ mengenai pekerjaan tersebut sebelum melangkah ke dunia pekerjaan sebenar selain memberi peluang kepada bakal arkitek muda ini untuk mengetengahkan bakat serta idea kreatif mereka.

“Structura Design Challenge 2014 merupakan satu lagi inisiatif UDA bagi memenuhi aspirasinya untuk berbakti kepada masyarakat, selain usaha UDA untuk melahirkan lebih ramai golongan profesional di kalangan generasi muda kita terutama dalam bidang arkitek dan seni bina,” katanya ketika ditemui Mynewshub pada Majlis Pelancaran Structura Design Challenge 2014, di sini hari ini.

pixx1

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah Bahagian Hubungan Industri Kementerian Pendidikan, Prof. Madya Dr Arham Abdullah.

Memandangkan sambutan yang diterima amat menggalakkan, pihak penganjur telah membuka penyertaan di mana setiap IPT yang bertanding boleh menghantar dua kumpulan pelajar untuk mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.

“Memandangkan sambutan yang diterima amat menggalakkan, kami telah membuka penyertaan sebanyak dua kumpulan sebagai wakil bagi setiap IPT yang mengambil bahagian,” katanya.


Antara IPT yang mengambil bahagian ialah Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur, Limkokwing University of Creative Technology, Politeknik Merlimau, Politeknik Port Dickson, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Politeknik Ungku Omar, Alfa Kolej Universiti Infrastuktur Kuala Lumpur, UiTM Perak, dan Malaysia Twintech.

Sebanyak 30 kumpulan akan bertanding di mana setiap kumpulan terdiri daripada enam orang termasuk seorang pensyarah.

Reka bentuk yang dipertandingkan akan dinilai berdasarkan kreativiti, inovasi, estetika dan nilai komersial. Penilaian tersebut dibahagikan kepada tiga aspek iaitu 60 peratus pembangunan kreatif, promosi dan maklumat terkini projek melalui media sosial (20%) dan persembahan video (20%).

Peringkat saringan akan dilakukan di mana hanya 10 kumpulan sahaja akan dinilai pada peringkat akhir dan perlu mempersembahkan rekaan bangunan mereka pada Disember ini.

Pemenang utama akan menerima wang tunai bernilai RM50,000, tempat kedua (RM30,000), tempat ketiga (RM20,000) dan hadiah saguhati sebanyak RM1,000 bagi setiap kumpulan yang bertanding.

Pemenang akan menerima trofi dan setiap peserta akan menerima sijil penyertaan daripada pihak penganjur. – MYNEWSHUB

Oleh: JULIANA JOHAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori