Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Timbalan Menteri Kontroversi, Gambar...

KERAJAAN Ukraine mempertahankan tindakan melantik Anastasia Deeva sebagai Timbalan Menteri Dalam Negerinya meskipun...

Pengampunan Najib Jalan Terbaik...

Memberi pengampunan kepada bekas perdana menteri, Najib Razak adalah jalan terbaik menurut perspektif...

Alcatel Tawar Jam Tangan...

KERANCAKAN pengeluaran jam tangan pintar dewasa ini, membuat Alcatel OneTouch tidak mahu ketinggalan dengan...

LZS Lancar Kempen Tambah...

SHAH ALAM - Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini melancarkan kempen 'Tambah Caruman...

Suami Isteri Perlu Bantuan Biaya Keperluan Anak Sakit Saraf

JITRA – Sepasang suami isteri merayu kepada orang ramai yang prihatin bagi membantu membiayai perbelanjaan bulanan anak perempuan mereka yang menghidap sejenis penyakit saraf sejak April lalu.

Anak keempat daripada enam beradik, Nor Aina Syazwana Husna A. Amir, 8, dari Kampung Tanjong Kapur di sini disahkan menghidap “Acute Necrotizing Encephalopathy Childhood” (ANEC), selepas demam panas dan cirit birit pada 9 April lepas.

A. Amir Abdullah, 44, berkata anaknya itu menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar selama 60 hari dan tidak sedarkan diri selama 25 hari serta tidak boleh berjalan seperti sebelum ini.

A. Amir yang bekerja sebagai peniaga air di tepi jalan berkata dia dan isteri Ku Zarina Ku Bahadun, 39, tidak boleh bekerja tetap kerana terpaksa memberi perhatian sepenuhnya kepada Nor Aina yang terlantar.

“Anak saya perlu minum susu khas dan perlukan lampin pakai buang dan setiap bulan saya perlukan lebih RM500 untuknya. Saya mengharapkan bantuan orang ramai untuk saya membeli keperluannya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

A. Amir berkata pendapatan hasil perniagaannya hanyalah kira-kira RM40 sehari dan ia tidak cukup untuk menampung kehidupan anak-anaknya berusia tiga hinnga 16 tahun yang masih bersekolah.


“Saya ada minta bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Jitra tetapi mereka cakap anak saya tak layak. Kad OKU (orang kelainan upaya) dah dapat tetapi bantuan mereka cakap akan beri selepas anak saya sembuh dan masuk ke sekolah.

Saya perlukan bantuan itu pada masa sekarang kerana nak beli susu khas bernilai RM139 dan memerlukan empat tin sebulan,” katanya.

Dia yang baharu sahaja kembali berniaga berharap orang ramai dapat membantu anaknya sebelum dia dapat mengukuhkan kembali kewangannya semula.

Ku Zarina pula berkata anaknya sebelum ini aktif dan merupakan penolong ketua kelas di sekolahnya di Sekolah Kebangsaan Padang Pekan di sini.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi A. Amir di talian 011-24011564 atau melalui akaun Bank Rakyat 22-022-144983-7 (Nur Aina Syazwana A. Amir). – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori