GARA-GARA gagal menghentikan kenderaan kerana isteri ingin bersalin ketika dikejar pihak polis, sepasang suami isteri nyaris ditembak dalam kejadian awal pagi Selasa lalu di Iowa, Amerika Syarikat.
Pasangan Rachel Kohnen dan suaminya, Ben menaiki kenderaan yang dipecut laju kira-kira jam 2 pagi di Fort Dodge sambil menahan kesakitan untuk melahirkan anak keempatnya.
Ketika itu, sebuah kereta peronda menyedari kelajuan luar biasa pada awal pagi yang menimbulkan kecurigaan, lantas membunyikan siren mengarahkan mereka berhenti, memetik portal dailymail.co.uk
Namun menurut Ben, isterinya mengarahkan untuk tidak berhenti kerana tidak mahu melahirkan anak di dalam kereta, menyebabkan polis menembak tayar kereta pasangan terbabit.
http://www.youtube.com/watch?v=g_s02e6m68s
Sejurus mengetahui situasi kecemasan itu, pihak polis membawa wanita terbabit ke hospital dan bayinya dilahirkan kira-kira sejam selepas itu. Kedua-dua ibu dan anak kini dalam keadaan sihat.
Ketua Polis Manson, Chief Tom Ritts berkata, setakat ini tiada tindakan undang-undang diambil namun tidak menolak kemungkinan pasangan itu tetap akan disaman kerana kesalahan lalu lintas dilakukannya itu.
Nasib baik sungguh. Dah la panik isteri nak bersalin, nyaris pula nak ditembak pihak polis. Moga pasangan ini dibebaskan dari kesalahannya itu. :-MYNEWSHUB.CC
Oleh: CRIMEBUSTERZÂÂ