Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Alamak! Game Bosan Sampai...

ALAHAI bang oih... Sampai tertidur ya tengok bola kat Stadium Shah Alam tu?...

‘Frontliners’ Kembali Ke Medan...

KUALA LUMPUR - Para petugas barisan hadapan (frontliners) khususnya petugas kesihatan sekali lagi...

Selamat Hari Lahir ‘Bossku’

KUALA LUMPUR - Suasana Mahkamah Kuala Lumpur di sini sebentar tadi bagaikan pesta...

MH370: Keluarga Mangsa Dari...

SEBAHAGIAN daripada keluarga penumpang warga China dalam kes MH370 hari ini menuntut agar mereka...

Suarez Bantu Uruguay Bolos Gawang Arab Saudi

JEDDAH – Luis Suarez mencipta gol untuk Uruguay dalam perlawanan persahabatan dengan Arab Saudi yang berkesudahan seri 1-1 di sini dalam penampilan pertamanya untuk pasukan kebangsaan selepas disingkir daripada temasya Piala Dunia lalu kerana menggigit pemain Itali, Giorgio Chiellini.

Rembatan penyerang Barcelona itu pada minit ke-47 terkena tiang gol lalu melantun terkena Hassan Muath Fallatah sebelum masuk ke gawang untuk gol sendiri.

Suarez digantikan 20 minit sebelum perlawanan berakhir tetapi harapan untuk beliau memenangi perlawanan pertamanya dengan pasukan Uruguay di peringkat antarabangsa susulan insiden di Brazil, dimusnahkan oleh jaringan penyamaan Naif Hazazi pada minit terakhir untuk pasukan tuan rumah.

Biarpun digantung sembilan perlawanan antarabangsa, Suarez dibenarkan bermain dalam perlawanan persahabatan.

Beliau menjaringkan dua gol untuk pasukan simpanan Barcelona dalam perlawanan persahabatan dengan pasukan bawah 19 tahun Indonesia bulan lalu. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori