Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

Kedah Lulus Bantuan Khas...

Kerajaan negeri Kedah bersetuju memberikan bantuan khas kewangan berjumlah RM1,500 bagi setiap seorang...

Majoriti Rakyat Masih Patuh...

SHAH ALAM - Tular di media sosial kebelakangan ini mengenai gambar dan video...

Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH)...

KELAZIMANNYA konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dianggap masih baharu di Malaysia yang mana...

Lelaki Buat Kerja Rumah...

KUALA LUMPUR - Stigma masyarakat Malaysia beranggapan lelaki yang membuat kerja-kerja wanita di...

Sukan Asia: Syakilla Tambah Emas Negara Menerusi Karate

INCHEON – Atlet karate negara, Syakilla Salni Jefry Krisnan menampilkan persembahan cemerlang apabila menyumbang pingat emas kelima kontinjen negara di Sukan Asia, hari ini.

Syakilla yang juga pemenang pingat di Sukan SEA, Myanmar tahun lalu menewaskan atlet Uzbekistan, Barno Mirzaeva 10-2 dalam aksi kumite wanita bawah 61 kilogram (kg) di Gimnasium Gyeyang.

Selain Syakilla, atlet karate lelaki negara, S Senthil Kumaran turut memenangi pingat gangsa untuk kontinjen negara selepas menewaskan atlet Indonesia, Suriadi 4-4 dalam acara kumite lelaki bawah 55 kg.

Sekalipun mengutip mata sama, Senthil dinobat sebagai pemenang oleh pengadil perlawanan.

Kejayaan Syakilla menambah kutipan emas negara yang dibuat skuad karate kepada dua yang menyamai pencapaian empat tahun lalu di Guangzhou, China.


Semalam, atlet karate kata lelaki negara, Lim Chee Wei turut memenangi emas.

Acara karate di Sukan Asia menutup tirainya, hari ini. – BH Online

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori