Thursday, December 26, 2024

Creating liberating content

Pramugari Digantung Kerja Kerana...

SEORANG pramugari beragama Islam mendakwa dia digantung tugas gara-gara keengganannya menghidangkan minuman beralkohol...

Kajian SSPA Diumum Pada...

AYER KEROH: Kerajaan akan mengumumkan Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) selewat-lewatnya pada...

Keputusan Ujian DNA Morais...

KUALA LUMPUR - Keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas mayat yang ditemui...

Polis Putrajaya Tubuh Pasukan...

PUTRAJAYA - Polis Putrajaya menubuhkan tiga pasukan khas bagi membuat serbuan selain meningkatkan...

Suspek Rompak & Pecah Cermin Kereta Tumpas, 8 Diberkas

MODUS operandinya dengan menyasarkan wanita sebagai sasaran sebelum bertindak memecahkan cermin kereta dan mengambil barang beharga.
Kumpulan suspek seramai lapan orang ini aktif melakukan aktiviti samun di sekitar Gombak, Selayang, Desa Jaya dan Rawang.
Namun, sepandai-pandai tupai melompat, kesemua suspek berjaya diberkas  di tiga lokasi berasingan dalam serbuan oleh Polis Selangor.
Kesemua mereka, termasuk dua wanita berusia 16 dan 41 tahun, dipercayai bergiat aktif sejak 2010.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, tiga daripada lapan suspek mempunyai rekod jenayah lampau termasuk mencuri dan merogol, dan amat dikehendaki polis.

SAC Datuk Mohd Adnan Abdullah
“Kesemua suspek ditahan di sebuah pangsapuri di Taman Samudra, Batu Caves dan masih dalam tahanan reman. Antara barang yang dirampas termasuk dadah, telefon bimbit, komputer bimbit, beg tangan serta pedang dan parang yang dipercayai digunakan untuk memecah cermin kereta,” katanya dalam sidang media siang tadi.

Mohd Adnan, kes terbaru melibatkan wanita berusia 58 tahun yang mengalami kerugian lebih RM2,000 setelah disamun ketika berhenti di lampu isyarat. Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Dalam sidang media sama, Adnan mendedahkan maklumat mengenai kes dera kanak-kanak tiga tahun yang mengalami kecederaan serius di Puchong kelmarin.

Katanya, ibu kandung mangsa warga Indonesia yang tidak memiliki pasport itu telah mencederakan anaknya sendiri.


Kes tersebut di siasat di bawah Seksyen 31 (1) (A) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Sementara itu, polis memburu seorang lelaki warga Bangladesh yang dipercayai membunuh teman sekerjanya, juga warga Bangladesh.

Mangsa ditemui mati di sebuah stor simpanan besi di Shah Alam dan dibungkus menggunakan plastik.

Mangsa parah di kepala dan kaki kanannya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki terbabit diminta menghubungi ASP Daniel Lee Abdullah di talian 019-6820550.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori