Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Khloe Kardashian Pun Mengandung...

AHAD lalu, dunia hiburan antarabangsa digemparkan dengan berita kehamilan si bongsu keluarga Kardashian,...

PBT Perlu Lebih Tegas...

KUALA LUMPUR - Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) digesa mencontohi ketegasan polis dalam membanteras...

Taufik Batisah Dedah Identiti...

PENYANYI kelahiran Kota Singa, Taufik Batisah akhirnya mendedahkan siapakah gerangan suri yang bakal...

Hormati Sumbangan Bangsa Lain...

SEMPORNA - Menghormati bangsa lain dan menghargai sumbangan mereka perlu ditekankan dalam usaha...

Syabu Bernilai RM4 Juta Dirampas Di KLIA

KUALA LUMPUR – Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (Sting) Bukit Aman menemui lapan paket dadah jenis syabu seberat 37.3 kilogram dianggarkan bernilai RM4 juta yang cuba diseludup, di terminal kargo Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata dadah itu tiba dari Addis Ababa pada kira-kira 7.15 malam melalui penerbangan komersial.

“Sepasukan anggota dengan bantuan unit anjing pengesan menemui paket berisi dadah itu yang dibungkus dengan plastik hitam dan diletakkan bersama bungkusan kekacang dalam satu kotak ” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Pada 11 Okt lalu, polis menahan 11 anggota sindiket dadah antarabangsa termasuk dua ketuanya dan merampas syabu seberat 30.3 kg dianggarkan bernilai RM3 juta.

Mereka yang ditahan terdiri daripada sembilan warga Nigeria, seorang wanita warga Tanzania dan seorang wanita tempatan dari Sarawak. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori