Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Hanya 40% Penilaian Akademik...

KUALA LUMPUR - Mulai tahun depan, kemasukan pelajar Tingkatan Satu ke Sekolah Berasrama...

Somalia Paling Korup Di...

BERLIN - Somalia menjadi negara paling korap di dunia pada 2018 dengan Denmark...

Fathia Perlu Fokus Perbaiki...

SEPERTI efek domino, satu persatu musibah melanda kehidupan peribadi dan profesional pelakon cantik...

Tweet Terlalu Pendek, Twitter...

WASHINGTON - Laman sosial mikro, Twitter Inc sedang menyediakan ciri baharu yang membolehkan...

Tak Adil Untuk Haramkan Octoberfest – Ng Yen Yen

Octoberfest tidak patut untuk diharamkan kerana di Malaysia, terdapat komuniti ekspatriat yang besar termasuk dari Jerman-negara yang memulakan acara tersebut sekitar 1810.

Itu pendapat yang dilontarkan Pengerusi Tourism Malaysia, Tan Sri Ng Yen Yen ketika diminta untuk memberikan pendapat beliau berkenaan acara yang mendapat tentangan hebat dari pelbagai persatuan dan NGO Islam di sini.

OktoberFest-e1412145865970

Menurut laporan MStar Online, beliau tidak akan menyokong tindakan mengharamkan Octoberfest kerana acara tahunan yang menghidangkan bir ini tidak memaksa mana-mana individu untuk turut serta.

“Jika Octoberfest diharamkan, maka kita langsung tidak boleh mempunyai sebarang program seperti ini (di mana bir dihidangkan),” kata beliau kepada MStar Online.

Tambah beliau lagi, acara ini juga mampu menarik kemasukan pelancong luar ke Malaysia untuk turut serta.

Memetik laporan Malay Mail Online beberapa hari lepas, pelbagai pihak menyuarakan hasrat kepada Menteri Besar Selangor yang baru, Azmin Ali untuk mengharamkan acara ini.


Akhbar tempatan melaporkan, Presiden Ikatan Kebajikan dan Dakwah Selangor (IKDDS), Rosdi Long berkata, persatuan tersebut tidak mempunyai sebarang masalah dengan pengajuran acara ini.

Namun, ia sepatutnya menghormati sensitiviti agama kerana diadakan pada bulan suci dalam kalender Islam iaitu bulan Zulhijjah, di mana umat Islam melakukan ibadah Haji dan Qurban.

khalidsamad

Acara ini mendapat tentangan hebat apabila Kerajaan Selangor dikatakan meluluskan iklan Octoberfest di satu papan tanda di Seksyen U2.

Namun demikian, menurut laporan The Malaysian Insider, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menafikan kewujudan iklan tersebut di kawasannya sambil bersetuju bahawa acara tersebut tidak patut diharamkan, tetapi dikawal ketat oleh pihak berkuasa. – MYNEWSHUB

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori