Jakarta – Bekas jeneral tentera elit Indonesia, Prabowo Subianto semalam berkata, dia tidak dapat memberi jaminan akan hadir dalam majlis pelantikan Joko Widodo (Jokowi) Isnin ini kerana terikat dengan urusan keluarga.
Kata Prabowo, sehingga jam 3 petang semalam, dia tidak menerima jemputan ke majlis berkenaan yang sepatutnya diserahkan Speaker Majlis Perwakilan Rakyat Zulkifli Hasan.
“Sebagai negarawan dan warganegara, jika saya dijemput ke majlis itu, saya akan hadir.
“Namun seperti saya nyatakan kepada Jokowi, saya mungkin tidak dapat hadir atas urusan peribadi.
“Saya harus ke luar negara,†katanya.
Prabowo juga berikrar “mencuba sedaya upaya†menyelesaikan urusan keluarga itu esok tetapi dia tetap memaklumkan kepada Jokowi kemungkinan dia tidak hadir.
Prabowo dijadual berlepas ke luar negara malam tadi atau pagi ini, namun destinasi atau urusan yang dimaksudkan, tidak didedahkan.
Sementara itu Zulkifli berkata, dia berharap Prabowo akan hadir di majlis berkenaan dan menganggap ia sebagai “hadiah terbaik untuk Indonesia.â€Â
Beberapa pengerusi parti yang bergabung dalam Gabungan Merah Putih turut mengesahkan kehadiran, termasuk Hatta Rajasa dari Parti Amanat Nasional dan Aburizal Bakrie (Golkar). – Agensi