Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kerjasama Ketenteraan Bahrain-Malaysia Diperkukuh

KUALA LUMPUR - Selepas Arab Saudi, kerajaan Bahrin turut menyatakan hasrat untuk memperkukuhkan...

Isu Tanah Perda: Dr...

BUTTERWORTH - Exco kerajaan DAP Pulau Pinang Dr Afif Bahardin hari ini memberi...

Cinta Kamal Adli &...

KUALA LUMPUR - Hubungan pasangan pelakon Intan Ladyana dan Kamal Adli yang dibina...

Bunuh Suami Dengan Bantuan...

GARA-gara wang, seorang wanita kaki kikis, telah membunuh suaminya dengan bantuan kekasih gelapnya...

Tak Lindungi Ahli Politik Terlibat Jenayah

LUMUT – Kerajaan Negeri Perak tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana pihak termasuk ahli politik yang didapati terlibat dengan kegiatan jenayah, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata kerajaan negeri memandang serius dakwaan terdapat ahli politik di negeri ini terlibat kegiatan jenayah.

“Kerajaan negeri tidak pernah menyembunyikan apa-apa perkara kerana soal keselamatan merupakan perkara yang serius,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Deepavali Pembantu Khas Menteri Besar Datuk V. Elango di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa terdapat ahli politik dipercayai dibiayai dengan hasil pendapatan daripada pusat perjudian haram di tiga kawasan iaitu Pekan Kuala Sepetang, Bagan Panchor dan Pulau Kuala Sangga di Perak.


Berhubung laporan sebuah akhbar baru-baru bahawa kawasan perkampungan Kuala Sepetang, Bagan Panchor dan Kuala Sangga di negeri ini dikuasai kumpulan mafia yang melakukan pelbagai kegiatan jenayah, Zambry berkata laporan itu perlu dibuktikan.

Semalam, Polis Perak menafikan dakwaan wujudnya kegiatan kumpulan mafia yang bermaharajalela di kawasan terbabit. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori