Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Tiket Sukan SEA Laris,...

KUALA LUMPUR - Orang ramai yang ingin menyaksikan perlawanan sukan secara lansgung pada...

KPM Lulus Pertukaran 2,261...

KUALA NERANG - Kementerian Pendidikan (KPM) telah meluluskan sebanyak 2,261 permohonan pertukaran kes...

PKPIM Saran Sekolah Satu...

KUALA LUMPUR - Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menggesa kerajaan menyemak semula...

14 Warga China Diarahkan...

KUALA LUMPUR - Seramai 14 warga China berasal dari Wuhan yang menaiki pesawat...

Takaful Ikhlas Sumbang 12 Ekor Lembu Korban

KUCHING – Takaful Ikhlas Berhad, penyedia perkhidmatan perlindungan kewangan menunaikan tanggungjawab sosial korporatnya dengan menyumbang 12 ekor lembu untuk dikorbankan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha kepada 12 buah kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Satok dalam Parlimen Petra Jaya.

Majlis dihadiri Pengerusi Takaful Ikhlas, Sharkawi Alis serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ab Latiff Abu Bakar dan disempurnakan oleh Menteri Perumahan Sarawak yang juga Adun Satok, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dan Menteri Kerja Raya yang Anggota Parlimen Petra Jaya, Datuk Fadillah Yusof.

Dalam sidang media selepas majlis penyerahan, Abang Johari memuji usaha yang Takaful Ikhlas itu sambil menyeru lebih banyak badan-badan korporat mencontohi tanggungjawab sosial yang dilakukan syarikat tersebut.

“Kita bertuah mempunyai badan-badan korporat seperti Takaful Ikhlas yang sama-sama menunaikan tanggungjawab dalam menjalankan ibadah korban ini.


“Saya harap badan-badan korporat lain mencontohi dan turut serta menunaikan tanggungjawab mereka menjalankan kegiatan yang akhirnya memberi manfaat kepada komuniti,” katanya.

Abang Johari yang juga Menteri Pelancongan Sarawak berkata kerjasama erat yang dijalin Takaful Ikhlas bersama masyarakat setempat jelas dipamerkan apabila bersama-sama menubuhkan jawatankuasa untuk menguruskan ibadah korban itu.

“Ini membuktikan syarikat Takaful Ikhlas mempunyai jaringan erat bersama masyarakat dan dalam masa sama menghayati konsep korban dalam kehidupan seharian,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori