Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Penyandang Kerusi DUN Murum...

BELAGA: Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon kekal dicalonkan...

Mangsa Kebakaran Di Degong...

PASIR SALAK - Tiga keluarga di Kampung Matang Jambu, Degong dekat sini yang...

BN: Tanggunggjawab Besar Buat...

KUCHING - Keretakan dalam Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) sehingga membawa kepada penubuhan...

Tak Minat Nak Berubah,...

TIDAK dinafikan bahawa semakin hari, semakin bertambah golongan lelaki yang gemar berpakaian seperti...

Tan Sri Sheikh Ghazali Abd. Rahman Tokoh Maal Hijrah

PUTRAJAYA – Penasihat Perundangan Syariah, Jabatan Peguam Negara, Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman, 76, diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah pada sambutan Maal Hijrah 1436H peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa di sini.

Beliau menerima hadiah wang tunai RM100,000, pingat penghargaan dan sijil penghargaan berbentuk plak berserta bingkai daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, menteri-menteri kabinet dan duta-duta luar negara.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Sheikh Ghazali berkata anugerah itu merupakan suatu tanggungjawab yang berat untuk diterima bagi meneruskan harapan negara dan agama dan berbakti kepada masyarakat.

“Selepas ini saya harus meneruskan rencana yang telah dirancang untuk masyarakat Islam amnya sekali gus meningkatkan syiar Islam di negara ini,” katanya.

Sheikh Ghazali yang berasal dari Pendang, Kedah, merupakan pemegang Ijazah Undang-undang Islam, University Al-Azhar, Mesir serta Tokoh Maal Hijrah Wilayah Persekutuan pada tahun 1995.


Beliau yang berkahwin dengan Puan Sri Hanan Bakar dan dikurniakan sembilan anak sebelum ini adalah anggota Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Bank Negara, Pengerusi Jawatankuasa Menggubal Kurikulum Latihan Pegawai Syariah Malaysia serta beberapa jawatan lain.

Sementara itu, Jamil Khir berkata Sheikh Ghazali dipilih menjadi tokoh Maal Hijrah tahun ini berdasarkan pengetahuan luasnya, mempunyai sifat dan peribadi yang unggul dan memberi sumbangan yang cemerlang dalam perkembangan syiar Islam dan pembangunan ummah.

“Beliau terpilih setelah dinilai dengan mengambil kira sumbangan yang begitu besar dan menonjol melalui pembangunan mahkamah syariah di Malaysia serta kewujudan akta dan enakmen berkaitan syariah,” katanya.

Lebih 4,000 orang hadir terdiri daripada kakitangan perkhidmatan awam, badan-badan berkanun dan swasta, para pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi serta badan bukan kerajaan dan orang awam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori