Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Rahman Dahlan Balas Kenyataan...

KUALA LUMPUR – Berikut kenyataan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Datuk Seri Abdul...

VIDEO: Inilah Cara Terbaik...

BUDAK-BUDAK nakal pastinya akan segera insaf sekiranya digertak dengan cara sebegini.Dalam video luar negara di...

Najib Ucap Tahniah Kepada...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada...

PRK Balakong: Tak Timbul...

KUALA LUMPUR - Pemuda MCA menafikan berlaku perpecahan antara parti komponen Barisan Nasional...

Tanaman Koko Berpontensi Tingkat Pendapatan Petani

SANDAKAN – Koko berpotensi untuk meningkatkan pendapatan petani, terutama di kawasan luar bandar, kata Pengerusi Felcra Datuk Bung Moktar Radin.

Menurutnya, dengan harga sekitar RM9,000 setan di samping teknologi yang ada, khidmat nasihat daripada Lembaga Koko, tanaman itu mampu membawa keuntungan.

“Saya percaya kepelbagaian tanaman akan mengurangkan kebergantungan kepada satu atau dua jenis tanaman,” katanya yang juga Anggota Parlimen Kinabatangan ketika merasmikan penutupan Kursus Asas Teknologi Koko Pantai Timur Sabah di sini, hari ini. Kursus tiga hari itu dihadiri 100 peserta.

Katanya, tahun ini kerajaan telah meluluskan peruntukan RM16 juta untuk membangunkan 2,000 hektar untuk tanaman koko di seluruh negara.

Menurutnya, 100 hektar daripadanya membabitkan kawasan timur negeri ini iaitu Kinabatangan seluas 59.5 hektar, Pulau Sebatik Tawau (22.50 hektar), Semporna (11.50 hektar), Tawau (4 hektar) dan Kunak (2.5 hektar).


Bung Moktar berkata, program tanaman baru koko telah bermula sejak dua tahun lepas bagi meningkatkan pendapatan petani khususnya di luar bandar.

Kursus asas teknologi koko itu, katanya, bersesuaian dengan usaha kerajaan membantu penduduk miskin sejajar dengan matlamat menjadi negara maju menjelang 2020.

Menurutnya, ia juga dapat membantu menukar persepsi tanaman itu sebagai keperluan harian kepada tanaman perniagaan dan industri. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori