Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Lelaki Ditahan Kerana Status...

GARA-gara menulis status menghina di laman Facebooknya, seorang lelaki berusia 22 tahun dilapor...

Lejen Penjual Ubat Masjid...

SIAPA tidak kenal Khalid Salleh; aktor terbilang tanah air yang pernah memenangi anugerak Aktor...

SATS, AirAsia Jalin Kerjasama...

KUALA LUMPUR - SATS Ltd, peneraju perkhidmatan di lapangan terbang dan penyelesaian makanan...

VIDEO: Kereta Bergesel, Apek...

NAMPAKNYA rakyat Malaysia sejak akhir-akhir ini asal kemalangan je, mesti nak bergaduh.Bila dah...

Tarikh Tutup Larian Antarabangsa CAPAM Dilanjutkan 10 Okt Ini

KUALA LUMPUR – Tarikh tutup penyertaan Larian Antarabangsa Pertubuhan Komanwel bagi Pentadbiran Awam dan Pengurusan (CAPAM), yang dianjurkan sempena sambutan ulang tahun ke-20 pertubuhan itu akan dilanjutkan sehingga 10 Okt ini.

Setiausaha Agung Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) Ahmad Faedzal Md Ramli berkata sehingga kini pihaknya telah menerima sebanyak 2,500 penyertaan untuk acara yang akan diadakan pada 19 Okt ini di Dataran Putrajaya.

“Daripada jumlah itu, kami menerima 50 penyertaan antarabangsa daripada sembilan negara iaitu Jerman, Iran, Kenya, New Zealand, Rusia, Singapura, United Kingdom, Indonesia dan Australia,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Ahmad Faedzal berkata orang ramai yang berminat menyertai mana-mana daripada 12 kategori dipertandingkan dengan jarak larian antara lima hingga 21 kilometer boleh berbuat demikian melalui laman web www.hooha.asia.


Katanya, acara itu yang dianjurkan MAKSAK dan Kementerian Belia dan Sukan, diadakan seiring dengan pemilihan Malaysia selaku tuan rumah Persidangan CAPAM 2014 dari 19 hingga 21 Okt di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Persidangan dwitahunan CAPAM 2014 bertemakan ‘Transformasi Perkhidmatan Awam: Satu Bicara Baharu’ itu dianjurkan Perkhidmatan Awam Malaysia dengan kerjasama CAPAM dan Sekretariat Komanwel, dijangka menarik lebih 1,000 peserta antarabangsa. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori