PELAKON cantik seorang ini, namanya sering dikaitkan dengan pelbagai cerita kurang enak.
Namun ironinya kini, Tasha Shilla telah terpilih menjadi pengacara program hiburan sensasi Galaksi yang banyak membicarakan kisah hangat dan kontroversi para selebriti tempatan.
Meski begitu, Tasha mengakui dirinya tidak selesa untuk membicarakan kisah-kisah yang boleh mengaibkan seseorang individu termasuk artis tempatan.
Memetik portal Rotikaya, Tasha mengatakan team produksi rancangan itu telah menyediakan segalanya untuk dia mengacara tanpa perlu menyentuh mana-mana nama.
“Saya sendiri rasa tak selesa bercerita perihal artis dalam industri yang sama.
“Sebagai hos dan penyampai yang diberi tanggungjawab untuk mengemudi Galaksi, Tasha takkan terbawa-bawa dengan sikap mahu ambil tahu pasal apa dan kenapa sesuatu benda itu terjadi,” katanya.
Tasha juga sempat memberikan pesanannya kepada selebriti yang ditimpa kontroversi agar jangan cepat melatah dan cuba mengawalnya secara positif agar tidak menganggu kerjaya seni mereka. – MYNEWSHUB.CC