Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Sekatan Terhadap Penceramah Asing...

Putrajaya: Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej...

Ibu 4 Anak Didakwa...

KAJANG - Seorang ibu empat anak dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini, hari...

Mustapa Bentang Usul Malaysia...

KUALA LUMPUR - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dijangka...

Sukan Asia: Kontinjen Malaysia...

KUALA LUMPUR - Kontinjen Malaysia meletakkan sasaran memburu lapan pingat emas secara keseluruhan...

Telekom Pahang Rugi RM4.2 Juta Akibat Kecurian Kabel

BERA – Sebanyak 460 kes kecurian kabel Telekom Malaysia Berhad (TM) dilapor berlaku di negeri sejak Januari hingga September lepas membabitkan kerugian sebanyak RM4.2 juta.

Pengurus Besar TM Pahang Datuk Md Rasidin Kadak berkata kejadian kecurian kabel di negeri ini telah menurun berikutan langkah syarikat menukar kabel jenis besi kepada jenis fiber yang bukan sahaja tahan karat malah menjimatkan dan sukar mengalami kerosakan.

“Kes kecurian kabel sukar dibendung kerana logamnya berharga dan menjadi sasaran pencuri, namun kegiatan itu berjaya dikurangkan berikutan kerjasama antara pihak polis, Rela, anggota Rukun Tetangga serta orang ramai.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Pembukaan Cawangan TMPoint Autorised Dealer (TAD) Triang, di sini, semalam.

Katanya, TM sentiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan dan orang ramai supaya mudah untuk berhubung serta memudahkan peniaga untuk meningkatkan perniagaan.


“Kita akan melakukan apa sahaja asalkan pelanggan dan orang ramai selesa mendapatkan perkhidmatan yang terbaik.

“Pembukaan cawangan TMpoint di bandar Triang ini adalah yang ke 65 bagi membolehkan penduduk kawasan ini dan sekitarnya membuat panggilan dan berurusan dengan TM dengan lebih selesa, pantas dan menjimatkan masa,” katanya.

Md Rasidin berkata, penduduk kawasan Triang dan sekitarnya sebelum ini terpaksa berurusan dengan TM Mentakab sekiranya berlaku sesuatu masalah dan dengan pembukaan cawangan baharu ini, ia memudahkan pelanggan.

Katanya, sebuah lagi cawangan TAD akan dibuka di Bandar Pusat Jengka tidak lama lagi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori