Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Pengawal Keselamatan Maut Ditanduk...

KUANTAN - Seorang pengawal keselamatan maut selepas ditanduk seekor kerbau di Kampung Paya...

Ibu Dakwa Bayi Digigit...

KLUANG: Seorang bayi lelaki berusia enam bulan mengalami kesan gigitan di badan, manakala...

Aksi Comel Tun M,...

MANTAN Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah...

Peluang Belajar Sejarah, Kehalusan...

KETIBAANƃā€šĆ‚Ā Ramadan akan disambut meriah dengan amalan bertadarus Al Quran setiap malam selepas Solat...

Tempat Sembelihan Baharu Mula Digunakan Hari Ini

KUALA LUMPUR – Tempat sembelihan baharu yang dibina di perkarangan Masjid Negara mula digunakan pada hari ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata dua tempat sembelihan dibina berikutan permohonan pihak masjid bagi memudahkan dan melicinkan ibadah korban setiap tahun.

“Tapak sembelihan baharu ini lebih terjamin kebersihannya dan urusetia serta sukarelawan lebih mudah menguruskan aktiviti penyembelihan yang banyak.

“Langkah yang diambil oleh pihak masjid untuk membina tempat penyembelihan ini dapat mengelak tanggapan orang awam dan pencinta haiwan bahawa kita (umat Islam yang menjalankan ibadah korban) kejam kepada binatang,” katanya kepada media selepas merasmikan tapak itu di sini, hari ini.

Tapak sembelihan yang dibina di perkarangan masjid itu turut mempunyai bumbung dan sistem pengairan yang lebih sistematik.

Dalam pada itu, Ahmad Phesal yang merasmikan majlis korban di masjid berkenaan tidak ketinggalan menyembelih seekor lembu. Turut hadir Timbalan Imam Besar Masjid Negara Mohamad Mohd Zin.


Sebanyak 64 ekor lembu korban disumbangkan pelbagai pihak dan 43 ekor daripadanya dikorbankan pada hari ini di bawah Program Qurban Peringkat Masjid Negara.

Selain itu 12 ekor lembu akan diuruskan korbannya di Vietnam, esok dan sembilan ekor lagi diagihkan kepada Darul Quran dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk diuruskan.

Ahmad Phesal berkata program korban itu selain memupuk kerjasama antara penduduk setempat, juga merupakan tanda kecintaan kepada agama Islam.

“Program sebegini merupakan asas untuk umat Islam melaksanakan syiar Islam dan dapat memupuk kerohanian kita untuk mendekati Allah.

“Walaupun ibadah sunat, program ini dapat mengasuh dan mendidik kita untuk berkongsi rezeki dengan golongan yang tidak mampu,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori