Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

United Airlines Larang Wanita...

NEW YORK - Seorang penumpang kapal terbang syarikat United Airllines gagal dalam percubaan...

KPT Pendekkan Tempoh Pengajian...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan memendekkan tempoh pengajian sesetengah program...

PPN Perlis Sedia Cari...

ARAU - Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Perlis hari ini bersedia mencari tapak bagi...

AC Mizal, Isteri Jadi...

KUALA LUMPUR - Pelakon dan pengacara terkenal, Datuk AC Mizal berjaya menurunkan berat...

Terharu!! Bagi Nota Maaf Dan Wang Lepas Terlanggar Motosikal

Siapa pernah mengalami keadaan anda berjalan ke arah kenderaan tapi terkejut bila mendapati kenderaan kesayangan sudah calar balar, kemek atau cermin sisi patah dilanggar kenderaan lain?

Saat itu sememangnya amarah tercetus dan kata-kata makian serta sumpah seranah dihamburkan lagi-lagi tidak mengetahui siapakah yang bertanggungjawab.

Rata-rata yang mengalami insiden sebegini, pasti dah agak memang sukar untuk menemui orang yang berbuat salah akan mengaku malah sanggup bertanggungjawab atas kesalahan yang telah dilakukan bila tak ada orang nampak.

Hah, tapi kes yang kami terima ini lain.

Seorang individu yang tidak dikenali meninggalkan nota mengaku terlanggar hingga cermin sisi motosikal pengadu hingga rosak.

DUIT

Bukan itu sahaja, bersama permohonan maaf turut disertakan sekali wang untuk mengganti cermin sisi yang dirosakkannya itu.


Untitled

Sudahlah mengaku salah malah turut memberi wang bagi membaiki, rupa-rupanya masih ada yang berbudi bahasa pada zaman ini!

Sikap sebegini harus dipuji dan dicontohi.

Kata pemilik motosikal tersebut, dia amat terharu dengan kejujuran yang dipamerkan walaupun tidak melihat dan mengenali individu tersebut.

Apa yang pasti, sikap ini menunjukkan seseorang yang mempunyai keperibadian dan akhlak yang mulia. Moga-moga ramai lagi yang dapat mencontohi sikap sebegini. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: FARAH RADZI

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori