Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tak Nak Mengalah, Ahso...

VIDEO seorang wanita berusia lingkungan 40-an yang berada dalam keadaan marah menjadi tular...

Bas ‘Masa Depan’ Memulakan...

CHINA, sebuah negara yang terkenal dengan lalulintas yang sibuk dan 'teruk' pada Mei...

Siasat Salah Laku Pembentukan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan persekutuan akan menyiasat jika terdapat sebarang salah laku dalam...

Harga RON95, RON97, Diesel...

PUTRAJAYA - Harga runcit petrol RON95 dan RON97, masing-masing turun sebanyak 7 sen...

Terputus Kepala Ketika Tebang Pokok

RAUB – Seorang lelaki berusia 20-an maut kepala terputus ketika cuba menebang sebuah pokok kayu balak dalam hutan berhampiran Lata Jarum, Dong, dekat sini jam 5.30 petang kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Raub, Deputi Superintendan Abdul Rahim Abdul Razak berkata, mangsa yang dikatakan berasal dari Jerantut itu mengambil upah menebang balak bersama dua rakannya.

Menurutnya, ketika kejadian, mangsa dan rakannya cuba menebang sebatang pokok balak yang telah mati di mana mangsa bertindak memegang tali manakala rakannya memotong pokok terbabit.

“Bagaimanapun, ketika menebang pokok tersebut, dipercayai tali yang dipegang mangsa terbelit di kepala menyebabkan kepala mangsa terputus.


“Rakan mangsa ketika itu tidak menyedari kejadian terbabit mencari mangsa yang didapati hilang secara tiba-tiba namun menjumpai mangsa tidak lama kemudian dalam keadaan kepala terbelit pada tali,” katanya.

Mereka kemudiannya menghubungi pihak polis dan mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Raub untuk dibedah siasat.

“Siasatan mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. – Sinar Harian Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori