Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tiada Keperluan Lantik Pemangku...

ALOR SETAR - Tiada keperluan untuk melantik pemangku jawatan Menteri Besar Kedah kerana...

JPAM Bukan Sekadar Penangkap...

KUALA LUMPUR - Setiap kali binatang berbisa seperti ular masuk ke rumah atau...

Lapan Remaja Berbasikal Maut...

JOHOR BAHRU - Lapan remaja lelaki maut manakala lapan lagi cedera termasuk dua...

PKPD Masjid India Babit...

KUALA LUMPUR - Pengisytiharan terbaru Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Masjid India...

Tiada Elemen Buli Kes Maut Jatuh Siling Sekolah

POLIS Perlis hari ini mengesahkan tiada elemen buli dikesan dalam kes kematian seorang pelajar Tingkatan Tiga yang terjatuh dari siling dewan sekolahnya di sini, pagi semalam.

Ia disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin, berdasarkan siasatan dan rakaman percakapan dilakukan terhadap guru dan rakan mangsa di sekolah itu pagi tadi, memetik BH Online.

“Hasil siasatan menunjukkan tiada kemungkinan mangsa dibuli. Sebaliknya, polis akan terus menyiasat punca pelajar itu memanjat ke siling dewan yang dikatakan untuk mengambil bola takraw. Ini kerana mangsa dan rakannya dikatakan bermain sepak takraw berdekatan dewan ketika sesi pendidikan jasmani sebelum waktu rehat,” katanya.

Sejak semalam pelbagai spekulasi timbul mengenai kejadian menimpa pelajar terbabit, Muhamad Hakimi Zulkifli, 15, termasuk ada yang mendakwa mangsa dibuli rakan sekolah sehingga terpaksa memanjat siling setinggi kira-kira 12 meter untuk mengambil bekas pensilnya sebelum terjatuh sehingga maut. :-MYNEWSHUB.CC


Oleh: KAKAK KAWASAN

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori