Wednesday, January 29, 2025

Creating liberating content

Isteri PM India Rimas...

New Delhi - Isteri Perdana Menteri India Narendra Modi yang tidak tinggal serumah...

Tidak Peduli Dikecam, Azizan...

SELEPAS hampir tiga minggu pendedahan mengenai kelayakan akademik pakar motivasi, Azizan Osman, sehingga...

SPRM Beku 41 Akaun...

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan 41 akaun Aman Palestin Bhd...

Sultan Johor Menerima Mengadap...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan...

‘Tiada Siapa Menangis Kerana Kerusi MB Selangor’

KUALA LUMPUR – “Tiada siapa yang menangis,” demikian reaksi Mohamed Azmin Ali berhubung krisis berpanjangan kedudukan jawatan menteri besar Selangor yang disandangnya kini.

Dalam nada gembira dan tenang, Azmin yang juga ahli parlimen Gombak bersyukur krisis politik di Selangor berjaya diselesaikan dengan baik.

“(Krisis) Selagor sudah selesai secara baik. Alhamdulillah tak ada siapa pun yang menanagis. Yang menangis sebelah sana (Barisan Nasional),” katanya sinis pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Khamis.

Terdahulu ketika menyertai perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015, Datuk Seri Noh Omar (BN-Tanjong Karang) cuba ‘mengusik’ Menteri Besar Selangor yang baharu itu supaya menyelesaikan beberapa isu ekonomi di negeri yang ditadbirnya.

Bagaimanapun menurut Azmin, beliau yakin dapat menguruskan pentadbiran kerajaan negeri dengan baik.


“Tugas ini adalah tanggungjawab, bukan keistimewaan. Bagi peluang untuk saya bentang Belanjawan 2015 Selangor nanti.

“InsyaAllah saya akan beri perhatian soal pendidikan dan ekonomi negeri termasuk perlaburan. Ini baru tiga minggu (jadi menteri besar),” katanya.

Konflik pelantikan menteri besar Selangor akhirnya berjaya diselesaikan selepas Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terpaksa akur dengan keputusan Istana Selangor memilih Azmin.

Dr Wan Azizah sebelum ini diangkat oleh partinya sendiri sebagai calon tunggal jawatan berkenaan walaupun mendapat tentangan daripada sekutu Pakatan Rakyat iaitu PAS. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori