Berbuat baik adalah sangat dituntut dalam agama dan sangat disukai oleh masyarakat.
Malah di dalam hadith ada menceritakan bagaimana seorang lelaki diampunkan dosanya kerana menolong seekor anjing yang kehausan.
(Baca – Taska Boleh Tak Perasan Bayi Dah Lama Maut Dihurung Semut?!! – KLIK)
Jadi, berapa ramai agaknya yang sanggup berbuat baik seperti pengguna Facebook bernama Hisyam Pitstop ini?
Semoga perbuatan beliau menjadi contoh tauladan buat kita semua.
“Hari ni dalam sejarah.. aku selamat kan kucing dari mati lemas.. alhamdulilah selamat.. Pagi tadi aku ingin ke pasar besar Batu Pahat, Johor… bila berhenti kat trafik light aku ternampak kucing ni dalam longkang besar.. masa tu air tengah naik pasang.. sayu ati dan berasa marah pada orang yang membuang kucing tu, terus berhenti tanpa fikir panjang aku berjaya selamatkan kucing itu.. kepada sesiapa yang tak suka kucing nak buang pun.. janganlah dalam longkang macam ni…”
Tahniah kami ucapkan kepada abang ni dan semoga Allah membalas beribu kebaikan buat anda.
Sumber: KELAB KUCING KU SAYANG
Oleh: hzqahmd