Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pokok Ganja Ditanam Dalam...

AMPANG JAYA - Taktik menanam pokok ganja bersama tanaman cili dalam pasu yang...

Lelaki Pulang Ke Rumah...

BENGKULU - Penduduk kampung Desa Rindu Kedui di sini, gempar selepas seorang lelaki tiba-tiba...

Hakim Tarik Diri Dengar...

PUTRAJAYA: Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Azizah Nawawi yang mengetuai panel rayuan Datuk Seri...

Tertuduh Kes Bunuh Syed...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan seorang pegawai Teknologi...

Tindakan Editor Harakah Isi RON95 Dikecam Di Facebook

Tindakan Editor sebuah akhbar milik parti PAS mengisi minyak petrol menggunakan RON95 pada masa sama menggunakan kereta berkuasa tinggi dan memuatnaik gambar itu di Facebook dikecam pengguna laman sosial itu.

Datuk Tarmizi Mohd Jam memuatnaik gambar berkenaan semalam, dengan gambar keretanya Nissan Teana yang berkuasa kira-kira 2,000 cc sambil mengomel harga petrol RON95 itu naik.

“Baru isi minyak kereta hari ini (semalam), jam 3.38 petang, sejak minyak naik harga 20 sen dua hari lepas, tuang RM100 hanya dapat 43.478 liter sahaja.

“Dulu RM100 boleh tahan empat hingga lima hari, kali ini tentulah tiga atau empat hari sahaja. Berapa lama rakyat nak marah… Amacam?,” katanya dalam status berkaitan gambar berkenaan.

EditorHarakah_2

Di gambar, terpapar keretanya itu dengan corong petrol berwarna kuning tersumbat di dalam ruangan mengisi minyaknya.

Tindakan itu dikecam pengguna laman sosial Facebook kerana untuk kereta berkuasa tinggi, kerajaan sudah pun menyediakan petrol RON97 yang berhargA RM2.75 yang kali terakhir harganya diturunkan 10 sen pada bulan lepas.


Sebaliknya, RON95 dikhaskan untuk pemilik kenderaan berkuasa 2,000 cc dan ke bawah bukan seperti Nissan Teana.

Gambar itu bagaimanapun telah dipadamkan oleh Tarmizi tetapi ia sempat dirakamankan dalam bentu petikan skrin yang kini viral di Facebook.

Memanglah tidak diwartakan bahawa penjualan RON95 adalah bukan untuk golongan berpendapatan sederhana atau miskin tetapi para pemilik kenderaan haruslah mengetahui prestasi kereta yang dimiliki dengan petrol yang sesuai digunakan.

Bukan hanya melibatkan Tarmizi sahaja, penulis pernah bertemu dengan pemilik kenderaan berjenama seperti Rolls Royce dan Ferrari yang turut mengisi petrol RON95. – MYNEWSHUB

Oleh : IBNU K

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori