Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Isu Banglo: Lim Guan...

SUSULAN skandal pembelian banglo 'murah', Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan...

AirAsia Berhad Nafi Tawar...

KUALA LUMPUR - AirAsia Berhad (AirAsia) meminta orang ramai berhati-hati dengan penipuan yang...

Hasil GST Tidak Akan...

ARAU - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek...

Polis Serbu Dadah Temukan...

PENDANG - Serbuan polis di sebuah rumah papan dua tingkat di Kampung Padang...

Tindakan Pantas DBKL Dipuji Mangsa Dinding Rumah Tercabut

TINDAKAN pantas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap mangsa-mangsa yang terlibat dengan insiden dinding rumah tercabut di Perumahan Awam Jalan Loke Yew akibat ribut kuat yang melanda ibu kota semalam dipuji oleh mangsa-mangsa yang terlibat.

Hari ini, menerusi tinjauan Mynewshub ke unit kediaman yang terlibat, kelihatan pekerja-pekerja binaan mengangkat batu-bata serta menyimen dinding bagi mengantikan dinding kayu yang telah tercabut dibawa ribut angin.

Salah seorang mangsa, Sunita Rosti mengatakan, DBKL bertindak pantas dengan menziarahi mangsa-mangsa terlibat selain hari ini kerja-kerja menaikkan semula dinding giat dijalankan oleh kontraktor yang ditugaskan mereka.

FOTO9

(Sunita Rosti)

“DBKL ambil tindakan segera dan DBKL juga cakap akan selesaikan hari ini juga (kerja-kerja simen dinding) dan bilik sebelah yang tak terjejas pun mereka turut tukarkan kepada batu selepas pemeriksaan mendapati dinding itu juga berisiko tinggi (untuk tertanggal),” katanya ketika ditemui Mynewshub di Flat Hang Tuah (Perumahan Awam Jalan Loke Yew), di sini, hari ini.

Sunita turut menyatakan DBKL akan menukarkan semua dinding kayu unit kediaman Blok 28 di bahagian penjuru kepada batu-bata secara berperingkat kerana kawasan mereka dikatakan berisiko tinggi dan untuk mengelakkan insiden sama daripada berulang lagi.

FOTO7


FOTO6

FOTO5

FOTO4

Selain itu, ahli keluarga tiga unit kediaman yang terjejas teruk di tingkat 10, 13 dan 18 ini telah diberikan penginapan selama dua hari di sebuah hotel berdekatan oleh UMNO kawasan Bukit Bintang sehingga keadaan rumah mereka kembali baik seperti biasa. – MYNEWSHUB

http://www.youtube.com/watch?v=GPCb1Gs9EaQ

Oleh: JULIANA JOHAR

Foto/ Video: RIZA RAZAK

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori