Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Hong Leong Beri Angpau...

LAZIMNYA pemberian angpau diberi kepada individu yang datang berkunjung ke rumah sempena sambutan...

Pelajar Tingkatan 5 Dakwa...

KUALA NERANG - Seorang pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah di sini, membuat...

Amelina Kembali Berdangdut Dengan...

LEBIH 15 tahun menyepi dari bidang nyanyian setelah mendirikan rumah tangga, ratu dangdut Amelina...

Restoran Nasi Kandar Terkenal...

GEORGE TOWN - Sebuah restoran nasi kandar terkenal di Jalan Gudwara, di sini...

TM Perluas HSBB Di Bandar Seri Alam

JOHOR BAHRU – Telekom Malaysia Bhd (TM) hari ini memeterai perjanjian kerjasama dengan Seri Alam Properties Sdn Bhd bagi meluaskan infrastruktur rangkaian dan perkhidmatan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) di fasa baharu pembangunan perumahan di Bandar Seri Alam, dekat sini.

Naib Presiden TM Negeri Johor, Azhar Omar berkata, kerjasama itu adalah lanjutan kepada perjanjian perkhidmatan yang telah ditandatangani bersama pemaju perumahan itu pada Februari 2011.

Perjanjian kerjasama itu membabitkan penyediaan kemudahan internet jalur lebar berkelajuan 5Mbps, talian telefon tetap serta saluran HyppTV secara percuma selama dua tahun kepada pembeli rumah kediaman berkenaan.

Azhar berkata, pihaknya memahami keperluan pengguna untuk memiliki kemudahan internet yang berkualiti serta kediaman sendiri yang serba lengkap di kawasan strategik negeri ini.

“Kerjasama yang terjalin ini pasti memberikan faedah bukan saja kepada pihak TM dan pemaju perumahan tetapi juga pembeli kediaman yang secara langsungnya menjadi pelanggan TM secara percuma,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian itu, hari ini.

Katanya, sehingga September tahun ini, TM Bhd mempunyai lebih 50,000 pelanggan HSBB di negeri ini dan angka itu dijangka meningkat dengan adanya projek perumahan baru seperti itu.


Buat masa ini, Azhar berkata, TM mempunyai 10 rangkaian liputan kawasan HSBB iaitu di Tampoi, Skudai, Pelangi, Pandan, Kulaijaya, Bandaraya Johor Bahru, Pasir Gudang, Gelang Patah dan Permas.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Pengarah Unit Sains, Teknologi dan ICT Negeri Johor, Mohd Johari Tarmidi dan Pengarah Eksekutif Seri Alam Properties Freddie Lee.

Sementara itu, Lee berkata, kerjasama berkenaan selari dengan usaha syarikat itu untuk menyediakan perumahan dengan konsep rumah pintar di projek fasa 5B4 Emerald Residenz yang dijangka siap pada penghujung tahun depan.

“Menerusi kerjasama ini, kami yakin misi untuk menyediakan bukan saja kediaman selesa, tetapi juga gaya hidup berkualiti kepada pembeli dapat direalisasikan,” katanya sambil menambah perkhidmatan HSBB itu bakal memberi nilai tambah kepada pembeli. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori