Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Agong Terima Kejutan Hari...

KUALA LUMPUR - Nyanyian lagu 'Allah Selamatkan Tuanku' berkumandang di Istana Negara malam...

Penutupan Semua Sekolah Keputusan...

KUALA LUMPUR - Apakah mungkin cadangan penutupan semua sekolah buat sementara waktu ketika...

Jemaah Diseru Bantu Bina...

ARAFAH - Jemaah haji Malaysia diseru untuk bersama-sama kembali membina semula negara berasaskan...

Pak Jamal, Aktivis NGO...

KUCHING - Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Selangor, Datuk Jamal Md. Yunus menyertai...

Tony Fernandes Dinamakan ‘Pembina Jenama Terbaik Tahun Ini’

KUALA LUMPUR – Kejayaan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group, Tan Sri Tony Fernandes memperkenalkan AirAsia sebagai jenama penerbangan tambang murah mendapat pengiktirafan apabila beliau dinamakan sebagai “Pembina Jenama Terbaik Tahun Ini” di Anugerah Penjenamaan Dunia 2014 di London, pada Selasa.

AirAsia turut dinamakan sebagai “Jenama Terbaik Tahun Ini” dalam kategori syarikat penerbangan. Syarikat penerbangan itu menjadi satu-satunya pemenang dari rantau ini, memperoleh skor tertinggi sebagai syarikat penerbangan tambang rendah di Malaysia, Singapura, Filipina, Indonesia dan Thailand.

Sebanyak 68 jenama dari 25 negara diberi penghargaan pada majlis tersebut.

Fernandes ketika mengulas mengenai penghargaan itu, berkata “Ini merupakan satu penghormatan buat saya. Penjenamaan sentiasa mendapat tempat yang istimewa dalam diri saya dan kami berasa bangga dengan kejayaan yang kami capai dalam tempoh lebih sedikit dari satu dekad.”

“Kejayaan AirAsia seperti yang dilihat hari ini disokong oleh sikap yakin yang ada pada setiap individu yang menjadi anggota keluarga AirAsia,” katanya dalam satu kenyataan.

AirAsia telah menunjukkan kepada dunia bahawa pendekatan syarikat penerbangan itu sentiasa berbeza dan ini dicapai melalui inovasi yang berterusan, katanya, sambil menambah, sifat inovatif syarikat itu merupakan kunci utama dalam meningkatkan jenama perniagaannya ke hadapan berbanding penerbangan lain.


Pengerusi World Branding Forum Richard Rowles berkata ia mengambil masa bertahun untuk membina jenama yang kukuh dan diiktiraf.

“Usaha mereka memberi inspirasi kepada mereka yang berada dalam industri penjenamaan, dan ini juga merupakan jenama yang mempunyai hubungan yang kukuh dengan pengguna,” katanya.

Anugerah Penjenamaan Dunia 2014 itu dianjurkan oleh World Branding Forum, sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan.

Pemenang dinilai melalui empat bahagian, iaitu penilaian jenama, kajian pasaran pengguna, undian pengguna melalui talian, serta undian oleh Majlis Penasihat World Branding Forum yang terdiri daripada tokoh-tokoh daripada dunia penjenamaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori