Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Curi Kenderaan Mewah Di...

PETALING JAYA - Dua individu dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kenderaan mewah sekitar...

Tok Mat, Tok Pa...

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan bekas Menteri...

Kerajaan Sarawak Isytihar ‘Perang’...

KUCHING - Selepas 'perang' terhadap kegiatan pembalakan haram membuahkan hasil, kerajaan negeri Sarawak...

Nora Sebak Kongsi Berita...

KUALA LUMPUR - "Allahu Akbar, lihat cuaca, tenang dan sejuk sangat. Semoga Allah...

TPM Rasmi Konvensyen UMNO Terengganu Sabtu Ini

KUALA TERENGGANU – Dua pemimpin tertinggi UMNO akan hadir pada Konvensyen UMNO Negeri Terengganu yang akan berlangsung di sebuah hotel di sini, Sabtu ini.

Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Wan Abdul Hakim Tan Sri Wan Mokhtar, berkata Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyempurnakan perasmian konvensyen itu pada sebelah petang.

Katanya, pada sebelah pagi Naib Presiden UMNO yang juga bapa angkat Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Datuk Seri Hishamuddin Husein akan turut berucap pada konvensyen itu pada sebelah pagi.

“Konvensyen kali ini juga berbeza dengan yang lepas-lepas kerana kita menjemput seorang pembentang kertas kerja iaitu Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah dengan topik “Transformasi Politik PRU14, Memerintah Atau Diperintah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Wan Abdul Hakim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Air Puteh berkata, selepas pembentangan kertas kerja itu, ia disusuli ulasan seorang anggota panel dan 12 ahli UMNO bahagian dan juga ahli veteran serta sayap UMNO yang akan mengupas isu-isu khususnya berkaitan program transformasi.


Katanya, pada konvensyen itu, ia juga akan menekankan bahawa lapan prinsip dalam Transformasi Terengganu Baharu (TTB) yang diketengahkan Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman iaitu inklusif, masjid dan surau, keluarga bahagia, integriti, mesra, disiplin, perpaduan dan memperkasakan pendidikan turut dibincangkan pada konvensyen itu nanti.

Wan Abdul Hakim berharap konvensyen itu nanti dapat mengupas isu-isu yang boleh membantu UMNO dan BN Terengganu untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14.

“Sebab itu kita berharap satu formula atau rumusan yang baik dapat kita peroleh pada konvensyen sehari itu untuk diguna pakai oleh ahli parti,” katanya.

Lebih 1,000 perwakilan UMNO bahagian akan menghadiri konvensyen itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori