MEMBERSIHKAN wajah menjadi rutin harian kita agar kulit muka sentiasa segar dan nampak mulus.
Pelbagai jenama penjagaan muka yang terdapat di pasaran memudahkan lagi kita untuk menjaganya.
Tapi jangan tak tahu ini merupakan tujuh kesalahan yang biasa kita lakukan ketika mencuci muka tanpa kita sedari.
Jom cek!
1. Salah pilih produk
Ketahui jenis kulit anda terlebih dahulu. Gunakan pencuci wajah yang bersesuaian dengan jenis kulit anda. Kerana pembersih wajah mempunyai bahan kandungan yang berbeza mengikut jenis kulit.
2. Bahan Alergik
Kosmetik mengandungi bahan kima yang bersifat alergik pada kulit. Jika kulit anda sensitif, baca label bahan produk dan bertanya pada pakar sama ada ianya sesuai atau pun tidak.
3. Salah suhu air
Mitos mengatakan air panas berfungsi untuk membuka pori-pori kulit manakala air sejuk menutupnya. Sebaliknya, air yang sesuai adalah air suam. Wajah lebih nyaman dengannya.
4. Pengelupasan
Pengelupasan merupakan cara efektif untuk mengangkat sel kulit mati. Ianya dilakukan dua kali seminggu. Gunakan skrub yang bertekstur lembut.
5. Salah bilas
Jika anda sedang terburu-buru, anda cenderung membilas wajah ala kadar. Padahal sisa sabun boleh membuatkan liang pori tersumbat dan kulit menjadi kering. Bahagian yang paling jarang dibilas adlaah sekitar rahang, garis rambut dan hidung. Berikan perhatian di bahagian-bahagian itu.
6. Terlalu kerap
Umum mengetahui bahwa mencuci wajah hanya dilakukan dua kali sehari. Lebih dari itu, ia hanya akan merosakkan kulit dan menjadikan kulit lebih berminyak. Jika anda masih ingin mencuci wajah, sebaiknya gunakan air yang suam sahaja.
7. Salah mengeringkan
Selepas membersihkan wajah, gunakan sehelai tuala untuk mengelap dan mengeringkan wajah. Teknik yang betul adalah dengan menepuk lembut dengan tuala pada wajah, bukannya menggosok dengan kasar. – MYNEWSHUB
Oleh: AUDREY LEE
Sumber: HijabistaÂÂ