Monday, January 13, 2025

Creating liberating content

Sivarraajh Nafi Lompat Parti...

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda MIC, Datuk C.Sivarraajh hari ini menafikan dakwaan Presiden...

Mangsa Tembak Di Narathiwat...

KOTA BHARU - Rakyat Malaysia yang parah ditembak di Jalan Narathiwat-Takbai, Narathiwat, Thailand,...

Apple iPad Pro Mula...

APPLE menerusi laman web rasmi mereka, telah memperkenalkan harga jualan untuk tablet terbaru,...

Bersih: Agenda Yahudi Hancur...

Oleh Yuktes Vijay (bekas peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim)SEBAGAI mukadimah, nama asal Bersih...

Tukang Kayu Hasilkan Replika Seakan Kereta Mewah

Mengagumkan! Itu yang mampu dilontarkan apabila melihat hasil seni teliti oleh para tukang kayu di Indonesia dalam penghasilan replika kereta dan motosikal mewah untuk dijual kepada pembeli.

Jangan terkejut, model-model ini dibina menggunakan kayu! Sangat kreatif kan?

Model-model mewah ini dibuat berdasarkan tempahan yang datang dari serata ceruk dunia, termasuk Amerika Syarikat, England, Jerman dan banyak negara lain di benua Eropah.

Terletak di Daerah Boyolali, bahagian Jawa Tengah, para tukang kayu mengambil masa antara tiga minggu sehingga sebulan untuk menghasilkan model yang ditempah bergantung kepada bentuk dan ketelitian.

wooden-Bugatti-Veyron

Antara hasil terbaru yang dibuat adalah model sport Bugatti Veyron yang dibina menggunakan kayu jati mengikut saiz asal kereta tersebut.


Ketelitian yang dihasilkan bukan sahaja dapat dilihat pada keseluruhan bahagian luaran kereta, namun juga bahagian dalaman model tersebut.

Yang pastinya, replika ini tidak boleh digerakkan walaupun 1 kilometer/jam, apatah lagi untuk menandingi kelajuan model sebenar kereta mewah.

Namun para pengumpul yang menempah sangat berminat untuk mendapatkan replika kereta mewah tersebut kerana ketelitian yang dititik beratkan oleh para tukang kayu.

Selain itu, ada juga pengumpul yang suka menyimpan koleksi kereta mewah dalam kedua-dua versi, model asal dan yang diperbuat dari kayu. Macam-macam ragam! – MYNEWSHUB

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori