Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Video: Burung Zaman Dinosaur...

SEBUAH video amatur yang dirakam oleh seorang individu di Amerika Syarikat baru-baru ini...

Bajet 2018 Manfaatkan Rakyat...

KANGAR - Bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak...

Tiada Semakan Semula Bajet...

PETALING JAYA - Kerajaan tidak berhasrat melakukan sebarang semakan semula terhadap Bajet 2016...

LZS Taja 430 Anak...

KLANG - Lembaga Zakat Selangor (LZS) menaja seramai 430 anak asnaf dalam...

Tulang Dipercayai Milik Manusia Ditemui Dalam Hutan

BUKIT MERTAJAM – Beberapa ketulan tulang dipercayai milik manusia ditemui di kawasan hutan di Kampung Datuk Keramat, Juru di sini awal hari ini.

Sumber polis berkata ketulan tulang dipercayai jari tangan dan jari kaki dengan kesan terbakar itu ditemui dalam kawasan hutan berkenaan kira-kira pukul 1 pagi.

“Polis menjalankan pemeriksaan di kawasan hutan yang terletak tidak jauh dari kediaman sepasang suami isteri selepas menerima laporan daripada anggota keluarga mereka yang mendakwa wanita berkenaan (isteri) telah dibunuh.

“Menurut anggota keluarga itu, mereka ke rumah pasangan itu pagi semalam tetapi tidak dibenarkan masuk dan hanya suami wanita berkenaan kelihatan dalam keadaan mencurigakan,” katanya di sini Rabu.

Beliau berkata lelaki itu kemudian dilapor meninggalkan rumahnya tanpa berkata apa-apa kepada anggota keluarga itu walaupun berulang kali ditanya mengenai isterinya.

Menurut sumber itu, anggota keluarga berkenaan bertindak masuk ke dalam rumah untuk memeriksa dan mendapati kesan darah di beberapa bahagian di rumah itu.


Beliau berkata sepasukan polis yang menjalankan pemeriksaan turut menemui kesan darah itu dan hasil pemeriksaan lanjut di kawasan hutan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumah berkenaan, polis menemui beberapa ketulan tulang.

“Berdasarkan pemeriksaan, polis tidak menolak kemungkinan tulang yang ditemui itu mempunyai kesan bakar,” katanya.

Beliau berkata operasi mencari oleh polis diteruskan pagi ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Rusli Mohd Noor ketika dihubungi berkata beliau tidak dapat mengesahkan sama ada tulang yang ditemui itu adalah milik manusia.

“Kami perlu menunggu keputusan daripada forensik,” katanya yang enggan mengulas lanjut. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori