Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Lee Bergerak Ke Dingboche...

KUALA LUMPUR - Pendaki tertua Malaysia, James Lee Chong Meng, akan bergerak menuju...

Kumpulan ‘Singkir Mukhriz’ Punca...

LANGKAWI - Bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed mendakwa kumpulan yang merancang...

Saksi Bercerita… Arwah Noorhayati...

Mangsa nahas di susur keluar Terowong Menora di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Kuala...

Yatt Tangguh Tuntutan Cerai.....

TEMPOH hari lalu, Malaysia dikejutkan dengan berita pelakon Yatt Hamzah, 35 yang dikhabarkan...

Turki Tidak Biar IS Ambil Alih Bandar Kurdis, Kobani

ISTANBUL – Turki akan melakukan apa saja untuk menghalang bandar Kurdis, Kobani yang terletak di sempadan Syria, daripada jatuh ke tangan pemberontak Negara Islam (IS), kata Perdana Menterinya Ahmet Davutoglu.

Terdahulu Parlimen memberi kuasa kepada kerajaan untuk mengambil tindakan ketenteraan ke atas IS di seberang sempadannya dan membenarkan pasukan tentera pakatan antarabangsa melancarkan operasi dari wilayah Turki.

“Kami tidak benarkan Kobani jatuh. Kami akan buat apa saja bagi menghalang ini daripada berlaku,” tegas Davutoglu dalam perbincangan dengan wartawan yang disiarkan menerusi stesen televisyen ‘A Haber’.

Pejuang IS terus mara dalam lingkungan beberapa kilometer ke pusat bandar Kobani dari tiga penjuru semalam dan menguasai beratus-ratus kampung di sekitar bandar dalam tempoh beberapa minggu lalu.

Keadaan itu menyebabkan lebih 150,000 rakyat Kurdis Syria melarikan diri ke Turki. – REUTERS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori