Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Pemuda UMNO Desak Siasat...

SHAH ALAM - Pergerakan Pemuda UMNO Selangor menggesa pihak berkuasa menyiasat Menteri Sumber...

Guna Artis ‘Cuci Duit’,...

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan dua pegawai kanan dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ)...

Anwar Bertanding Di Parlimen...

KUALA LUMPUR - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sah akan bertanding di...

2 Sahabat Dipenjara Sehari...

KUALA LUMPUR - Dua sahabat dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM500 kerana...

Ujian Sampel B Atlet Elit Akan Dilakukan 4 Atau 5 November

Proses ujian kedua ke atas sampel B milik seorang atlet elit Malaysia yang gagal ujian doping melalui sampel A akan dilakukan pada 4 atau 5 November depan.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata pihak Persekutuan Sukan Antarabangsa yang berkaitan memberikan pilihan dua tarikh tersebut kepada atlet berkenaan yang sehingga kini belum didedahkan identitinya oleh pihak kementerian.

“Saya difahamkan bahawa Persekutuan Sukan Antarabangsa berkenaan telah memberikan atlet itu pilihan sama ada 4 atau 5 November untuk membuka sampel B dan menguji sampel itu,” katanya di sini lewat malam semalam memetik laporan Mstar Online.

[BACA – KJ Enggan Dedah Identiti Atlet Gagal Ujian Doping]

Khairy berkata demikian kepada media selepas menghadiri pertandingan akhir Malaysian Invasion Mixed Martial Arts (MIMMA) musim kedua di Stadium Negara di ibu negara.

MMA2


Baru-baru ini media melaporkan seorang pemain badminton elit negara dikesan positif dadah pada sampel A yang dilakukan secara rawak di Kejohana Dunia di Copenhagen, Denmark Ogos lalu.

Atlet berkenaan dikatakan sudah pun membuat permohonan untuk melihat sendiri proses ujian ke atas sampel B dilakukan.

Mengikut peraturan Persekutuan Sukan Antarabangsa berkenaan, mereka tidak akan mengeluarkan atau umumkan nama atlet terbabit sehingga ujian sample B selesai dilaksanakan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori