AWAS! Adalah amalan biasa untuk kita membuka bonet hadapan kereta bagi memeriksa enjin dan sebagainya tapi berhati-hatilah selepas ini.
Ia berikutan kes penemuan ular tedung selar yang besar dan ganas dalam enjin sebuah kereta Toyota Vios di Taman Perumahan Sri Penglima, Beaufort, Sabah kelmarin.
Mujurlah pemilik kereta menyedari kehadiran ular tersebut dan segera menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk menguruskan ular berbisa tersebut.
Di atas adalah gambar yang dikongsikan menerusi Twitter JBPM.
Bayangkan kalau pemandu tak perasan dan sedar-sedar ular tedung tersebut sudah berdiri dan sedia hendak mematuk ketika dia buka bonet kereta? Phew!! – mynewshub.cc
REM RAMZI/MYNEWSHUB