Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Beto Kusyairy Dah Buka...

KALAU cakap soal 'pelakon kayu', mesti kita akan terus terfikirkan Fattah Amin kan?...

Pertingkat Usaha Dekati Rakyat,...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu anggota Gerakan...

3,000 Pegawai, Anggota Tentera...

PORT DICKSON - Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja...

4 Sungai Di Johor...

PETALING JAYA – Sejumlah empat sungai di Johor merekodkan paras air melebihi tahap...

UMNO Ipoh Barat Difitnah, Dakwa Halau Bangla Di Majlis Korban

Semalam, kecoh di laman sosial Twitter berkenaan kes beberapa lelaki warga Bangladesh didakwa dihalau daripada menyaksikan satu majlis sembelihan korban anjuran UMNO Bahagian Ipoh Barat.

Kekecohan timbul apabila pengguna twitter dengan nama @iloveyouIPOH memuatnaik gambar lima lelaki Bangla yang berdiri ketika menyaksikan majlis korban berkenaan.

“Dihalau sehingga hilang kelibat, dihalau oleh seorang yang bergelar haji hanya kerana mahu melihat lembu disembelih,” kata tweet itu merujuk kepada kumpulan berkenaan.

KorbanHalau_1

Majlis korban itu diadakan di pangsapuri Jalan Hospital di Ipoh semalam melibatkan 21 ekor lembu yang dikorbankan.

Pemilik twitter itu terus memaki hamun penganjur majlis yang dikatakan begitu kedekut dengan tidak mahu memberikan daging korban kepada kumpulan lelaki Bangla berkenaan.

“Banyak lebihan daging lembu tadi, ada dalam 200 paket lebih, satu paket satu kilo, setengah diagihkan kepada polis dan bomba, selebihnya?

“Langsung tidak bagi walau 100 gram pun, mereka dihalau sehingga hilang kelibat.. Apa salah mereka?? Kerana mereka Bangla?” menurut pengguna itu marah dalam tweetnya.

Berikutan insiden itu, Ketua Umno Bahagian Ipoh Barat Datuk Shamsudin Ghafar mengakui memang ada beberapa orang lelaki Bangladesh datang melihat majlis itu namun menafikan mereka dihalau.

“Memang ada beberapa orang Bangla datang menyaksikan Majlis Korban kita semalam, masa itu daging-daging belum siap dibungkus.

“Kita pelawa mereka makan tengah hari dan bagi kupon. Waktu makan tengah hari memang ada beberapa orang Bangla makan bersama dan kita telah pun bagi kupon.


“Oleh itu, tiada timbul soal kita halau mereka, kita UMNO tidah pernah bertindak begitu pada orang ramai dan rakyat kita atau seagama dengan kita,” katanya jawapannya pada isu itu.

Shamsudin_1

Pengguna twitter itu bagaimanapun selepas mengetahui jawapan Shamsudin, bertindak meminta maaf tetapi menegaskan bahawa tidak bersalah dalam isu itu.

KorbanHalau_2

Ia susulan perbuatannya mengutuk penganjur majlis berkenaan dikecam di laman sosial oleh mereka yang berada di tempat kejadian kerana lelaki-lelaki itu tidak pun dihalau oleh penganjur.

Ramai saksi mengesahkan kejadian itu tidak berlaku dan apa yang tersebar adalah fitnah.

KorbanHalau_3 KorbanHalau_4

Permintaan maaf itu juga dikecam hebat di twitter kerana pengguna itu dilihat tidak peka dan masih enggan mengaku salah walaupun jelas menyebarkan fitnah berkenaan UMNO Bahagian Ipoh Barat . MYNEWSHUB

Oleh : IBNU K

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori