Mynewshub.cc mengadakan satu tinjauan di laman web kami www.mynewshub.cc untuk melihat pandangan pembaca berkenaan tuduhan kes liwat II melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Daripada 715 undi yang diterima, 57 peratus ataupun 408 undi mengatakan bahawa Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersalah.
Sebanyak 229 undi iaitu 32 peratus sahaja yang mengatakan Anwar tidak bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari.
[BACA ĆāĆĀ – Kebenaran Untuk Anwar Diwakili Oleh Bekas Hakim Dipertikai]
Juga terdapat baki 78 undi yang tidak kisah akan perkembangan kes berkenaan dengan peratusan hanya 11 peratus.
Bagi yang mengikuti perkembangan perbicaraan kes melibatkan Anwar ini, sejak 2012 dan juga proses rayuan pasukan pendakwaan pada Mac lepas, pasti mereka faham dan akur bahawa Anwar bersalah mengikut hujah peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang membawa kepada hukuman penjara lima tahun kepada Anwar.
Biarpun begitu, penyokong tegar dan fanatik Anwar masih ada yang tetap setia dengan perjuangan bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang menuduh tuduhan liwat ke atasnya sebagai satu konspirasi politik.
Bagi Anwar sendiri, sejak beberapa minggu lalu beliau sudah pun mula memancing simpati rakyat dengan kemaskini Facebook berbaur kesedihan seakan-akan beliau sudah teraniaya dek sistem kehakiman di Malaysia.
Untuk menuntut kebebasan, Anwar telah meminta orang ramai khususnya anak muda untuk berkumpul di hadapan Istana Kehakiman di Putrajaya yang menempatkan Mahamah Persekutuan tempat prosiding rayuan dijalankan atas nama kempen “Rakyat Hakim Negara.
Apapun, dikatakan proses prosiding ini yang ditetapkan selama dua hari bermula semalam akan berlanjutan sehingga esok dan berkemungkinan besar keputusan hanya akan diketahui pada lusa.
Rayuan pasukan pembelaan di Mahkamah Persekutuan didengar di hadapan panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria.
Empat hakim lain ialah Tan Sri Md Raus Sharif, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali.
Anwar pada 2009 didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan dan pada 2012, beliau dibebaskan daripada tuduhan itu.
Bagaimanapun, Mac lepas Mahkamah Rayuan menerima rayuan pasukan pendakwaan diketuai Muhammad Shafee dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar kerana kesalahan itu. – MYNEWSHUB.CC
Oleh : IBNU KĆāĆĀ