Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

PAS Desak DAP Diharamkan,...

KUALA LUMPUR - PAS Pusat hari ini mendesak agar DAP diharamkan, atas alasan,...

LHDN: 16 Syarikat, 15...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 31 pembayar cukai terdiri daripada 16 syarikat dan 15 individu...

10 Jam Dibelasah ‘Suka-Suka’...

Kajang - Seorang lelaki yang diculik terpaksa menahan azab selama lebih 10 jam...

Video Baby Aminah Sayukan...

RAKAMAN video seorang bayi yang dilihat seperti mempunyai penyakit kulit kronik yang tular...

Ustaz Azhar Idrus Umpama ‘Mati Tersepit’ Di Tengah

Kes video lucah yang didakwa melibatkan penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) secara otomatiknya terpalit dengan rencah politik negara ini walaupun beliau bukan seorang ahli politik.

UAI sering dilihat sebagai seorang ustaz yang condong kepada PAS begitu pun beliau belum pernah menyatakan perkara itu secara terbuka.

Justeru, apabila video lucah yang didakwa beliau bersama seorang wanita tersebar, kalangan peminat beliau yang condong kepada perjuangan Pakatan Rakyat (PR) dengan pantas menuding jari ke arah kerajaan atau Barisan Nasional (BN) sebagai pihak yang bertanggungjawab.

Ustaz Azhar Idrus Terlibat Dalam Skandal Video Seks?-KLIK Tajuk

Kononnya ia disebarkan bertujuan bagi membendung pengaruh ustaz itu dari terus menular.

Namun, di kalangan penyokong kerajaan pula, ramai yang melihat penyebaran video itu dilakukan sama ada oleh pihak Anwar Ibrahim atau petugas siber DAP yakni Red Bean Army (RBA).

Perang antara penyokong kedua pihak dizahirkan di blog-blog dan media sosial yang lain.

Berikut adalah contoh hujah dari pihak pro-kerajaan yang cuba memperlihatkan bahawa penyebaran itu dilakukan pihak PR;

Salam semua. Dalam masa yang terdekat ini video seks yang dikatakan Ustaz Azhar Idrus bakal tersebar dan viral di kalangan kita. Kalian sendiri mungkin akan menerima video tersebut. Saya telah menerima dan menonton video bertempoh 38 saat tersebut, namun saya tidak akan sebarkan kerana kesahihan video tersebut belum diketahui dan ia melibatkan aib orang lain.

Saya minta semua bertenang khususnya ahli dan penyokong PAS supaya tidak cepat melatah. Apa yang mendukacitakan adalah, penyebaran video tersebut bukanlah dari musuh politik PAS iaitu UMNO. Kem PKR dan Anwar Ibrahim selaku musuh dalam selimut PAS sendiri yang telah menyebarkan video tersebut.

Mengapa? Kerana PKR dan Anwar Ibrahim sekarang terdesak dengan kempen #RakyatHakimNegara yang tidak mendapat sambutan di kalangan rakyat, tiada momentum. Ceramah-ceramah Anwar Ibrahim kebelakangan ini juga gagal untuk mendapat crowd yang besar.

Oleh itu, kini PKR dan Anwar Ibrahim menggunakan teknik 3D iaitu Distraction (gangguan), Diversion (alih perhatian) dan juga Division (pembahagian) untuk memanipulasi isu video seks Ustaz Azhar Idrus ini untuk kepentingan dirinya sendiri supaya mendapat sokongan ahli dan penyokong PAS dengan menuding jari dan menyalahkan UMNO dalam perkara ini.

Umum mengetahui, selama ini sebarang perhimpunan dan demonstrasi sebahagian besar crowd adalah daripada akar umbi PAS sendiri. Oleh itu, PKR dan Anwar Ibrahim cuba menyemai benih kebencian terhadap UMNO dan seterusnya mempergunakan akar umbi PAS sendiri untuk memenuhi dan meramaikan perhimpunan #RakyatHakimNegara 28 Oktober ini hanya kerana demi kepentingan dirinya sendiri.


Political Hitman

Memang agak benar momentum sokongan ke atas Anwar adalah lemah terutama sekali selepas apa yang beliau lakukan ke atas Tan Sri Khalid Ibrahim dalam kemelut merebut jawatan Menteri Besar Selangor.


Ramai yang marah dengan cara Anwar mengkhianati dan mengaibkan rakan baiknya sendiri.

Ada pulak yang mendakwa video UAI adalah kerja pasukan siber DAP yakni Red Bean Army (RBA) yang mahu menutup kekecohan gambar intim yang didakwa antara Zairil Khir Johari dan Dyana Sofea yang tersebar beberapa hari lalu.

Ia bertujuan bagi memastikan remaja Melayu dan ibu bapa mereka tidak menjauhkan diri daripada DAP.

Pihak RBA memang dikenali sebagai pasukan penyebarkan fitnah dan maklumat palsu terhebat di alam maya.

Kalau hujah di pihak Pakatan Rakyat pula antaranya;

Di Malaysia cukup senang nak alih isu….isu naik harga minyak dan barangan, isu budget defisit dan permata, isu kenaikan kos yang xterkawal, tarif letrik dan air, isu tol, IPP dan berbagai isu yang cukup mencengkam hidup rakyat….caranya ialah cipta dan edar video sex dan cerita2 xmasuk akal…kekal lah rakyat diperbodohkan seperti minda rakyat dunia ketiga….dan kita terus berperang sesama kita akibat kebodohan sendiri….celako ameno.

Di pihak PR banyaknya bertumpu kepada poin kononnya ia dibuat BN bertujuan untuk mengalih pandangan rakyat terhadap pelbagai isu.

Tidak pasti yang mana benar dan mana palsu kerana secara umum hujah kedua pihak masuk akal.

Di peringkat ini, kedua pihak bukan bersimpati mana pun… lebih kepada mengambil kesempatan terhadap apa yang sedang berlaku demi milage politik sendiri.

Nyata sekali yang menjadi mangsa dalam isu ini adalah UAI. Seolah-olah macam beliau yang terkorban tak pasal -pasal.

Nasib UAI ini boleh disimpulkan dengan cara berikut; Gajah sama gajah bergaduh… pelanduk mati di tengah.-MYNEWSHUB

gajah

Oleh: AK-47

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori