Rata-rata mengakui perjalanan yang terlalu lama ke sesuatu destinasi dengan menaiki kapal terbang amatlah membosankan.
Lagi-lagi tiada sebarang connection atau wifi yang boleh digunakan dan yang hanya boleh dilakukan adalah tidur sepanjang perjalanan.
Sememangnya kerusi berdekatan luar jendera pesawat paling digemari kerana mendapat peluang melihat keindahan pemandangan dari pandangan atas.
Ini mungkin khabar gembira bagi yang suka melihat pemandangan luar kapal terbang kerana Pusat Inovasi Proses (CPI) mencadangkan pembentukan pesawat jendela iaitu teknologi kamera yang boleh mengubah seluruh kabin ke dalam satu tetingkap yang besar.
CPI mendakwa bahawa dengan teknologi ini boleh mengurangkan pelepasan CO2 dan membuat tempat duduklebih luas.
Lebih unik, seluruh kabin akan dilengkapi dengan teknologi interaktif yang membolehkan penumpang memilih kertas dinding mereka sendiri.
Anda tontonlah sendiri video ini ye…
http://www.youtube.com/watch?v=Ga3PMsrHpjU#t=22
Menarik bukan idea ini, moga-moga ia menjadi kenyataan! – MYNEWSHUB.CC
Oleh: FARAH RADZI