Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Cara Cepat Jual 2,400...

TOKYO - Bayangkanlah jika anda sebagai peniaga premis secara tiba-tiba terpaksa menerima sejumlah...

Mahathir Mohon Cabar Pelantikan...

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini gagal...

PRU14: Pertandingan Tiga Penjuru...

PUTRAJAYA – Kerusi parlimen Putrajaya menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara BN, PAS dan...

Mahkamah Keluar Arahan Halang...

KUALA LUMPUR : Mahkamah telah mengeluarkan perintah untuk menghalang mana-mana pihak mengadakan sebarang...

VIDEO: Rakaman PDRM Letup Baki Bom Tangan Di Bukit Bintang

Kejadian letupan bom di Bukit Bintang pada awal pagi kelmarin telah menggemparkan rakyat Malaysia.

Insiden ini meragut nyawa seorang joki dan mencederakan 12 yang lain.

Menurut satu sumber, suspek dipercayai membuang sampah yang dibungkus dalam plastik dari tingkat dua bangunan kelab malam sebelum melempar dua bom tangan ke bawah.

Akibatnya sekumpulan orang yang sedang keluar dari kelab malam cedera manakala seorang daripada dua joki yang berada di luar kelab terpelanting akibat letupan.

Daripada dua bom dilempar, hanya satu meletup dan kewujudan sebutir lagi bom sebenarnya hanya disedari selepas sebuah kereta jenis Toyota Camry mahu di-towing untuk dibawa ke balai bagi tujuan siasatan.

Susulan itu, unit khas pemusnah bom PDRM meletupkan bom berkenaan jam 12.35 tengah hari semalam.

BACA >> 2 GAMBAR: PDRM Musnahkan Baki Bom Di Bukit Bintang


Kesan letupan ini menyebabkan gegaran kuat dan sebuah papan iklan rosak.

Jika semalam kami siarkan berita berkaitan, ini pula adalah video detik baki bom ini dumusnahkan hasil rakaman orang awam yang berada di bangunan berhampiran.

http://www.youtube.com/watch?v=U1rAAIhs-Sw&src_vid=pSAOA8ZvFGI&feature=iv&annotation_id=annotation_2077532913

Semoga insiden begini tidak lagi berlaku di Malaysia kerana ia mendatangkan kerisauan masyarakat memandangkan selama ini kejadian libatkan letupan hanya biasa didengar berlaku di negara jiran. – mynewshub.cc

REM RAMZI/MYNEWSHUB

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori